Monday, April 30, 2012

2009

Hidup bersama memorimu lebih baik jika dibanding hidup sama jasadmu disisi
kerna jika kamu tiada, tawamu maya, katamu maya, janji mu maya
aku tidak apa apa dengan itu
tapi
bila dekat, degupmu pun kurasa, dekahmu ditelinga
itu bikin aku alpa



Hany 2009

Friday, April 27, 2012

tak boleh tembus dunia maya

dua jam padat.
semua Ana dah buka pada Yan.
Yan dengar, dan Yan tahu, cuma dua jam itu Ana dapat kongsi kisah dia.
Yan tanya pada Ana.

"tapi kenapa tak ada air yang Ana pernah seka dari mata Ana?"

Ana senyum.

"cukuplah laman-laman maya ni bantu Ana. apa ada dalam hati, takkan pernah boleh tembus dunia maya"


apa ada dalam hati 
takkan pernah boleh tembus dunia maya
takkan juga pada yang lain
Yang Satu saja yang tahu
itu lebih baik
kerana kalau ada yang tahu
maka takkan ada sedar dalam diri.

Thursday, April 26, 2012

was just playing around with words.



Kalaupun ada gagak dirimba
kalaupun ada merak kayangan
Merak sembunyi balik warna
merak tipu diri dalam nilai rupanya

sekali gagak mendetik kata
sekali gagak mula bicara
maka lunturlah merak dalam warnanya
menyerah jiwa menghulur angan


foto ( termasuk ayat ayat indah di dalam foto tersebut) kesemuanya merupakan masterpis hafizudin jalil yang mengisi masa senggangnya disini

Sunday, April 1, 2012

fool

Too bad (terlalu malang) 
Bila keperluan kamu, kamu jadikan jenaka dengan aku 
Satu jiwa asing yang kau selam demi keperluan cita cita diri 
Tiada geli pun hati ini 
Ini bukan jenaka
Sebuah aprilfool juga bukan

Sunday, March 18, 2012

soalan sama

Dan apabila bertanya pada kamu,
Kenapa kamu mencintai aku,
Kemudian jawab kamu,
"Kerana aku menyenangi kamu, kamu memahami aku, kamu pandai berjenaka"
Dan bersambung lagi jawapan kamu hingga terbentuk sebuah esei.

Kemudian aku bertanya pada dia,
Kenapa kamu mencintai aku,
Kemudian jawab dia,
"Mencintai kamu kerana Allah SWT"
Titik.





Sudah ketemu.

Thursday, January 26, 2012

kelupaan pada semua

se-kejap aku tenggelam dalam kelupaan pada semua
hilang tapi bukan berehat
diam bukan was was
menguli dalam beberapa cerita cerita dulu dan kini
meletakkan situasi aku yang se-kejap tadi dalam status tenggelam dalam kelupaan pada semua


tidur. esok tak boleh macam ni lagi
langkah masih ke depan. tidak berhenti dan tidak ke belakang

Tuesday, January 17, 2012

cuaca

Perasaan kasih
Pada satu ketika dahulu
Hari ini dah cukup terik rasanya

Sama terik dengan sekitar pekan ini
Satu tumbuhan pun tiada
Cuma konkrit
berhunikan manusia pelbagai rupa

Cukup terik untuk menyejat saki baki sayang yang ada
Maka berkemaraulah sebatang tubuh ini
Menyimpan rapi kesemuanya
Untuk satu masa yang lebih mahal momennya