Saturday, September 29, 2012

Sungguh


Yang takkan pernah terhasil itu adalah kesan perasaan ini pada kamu
Dimana silapnya aku kurang tahu
Cuma mau kamu berjalan seiring dengan aku

Bersama sama mencipta rahsia untuk bolos ke sorga
Dengan semua mimpi yang kita tahan-tahan dari tergoda
Sungguh, waktu itu akan tiba.

Wednesday, September 5, 2012

rawak

kerana yang cantik itu cuma mewah di hati kita
tidak pada hati siapa siapa

Tuesday, August 14, 2012

Kalau ibadah kita gred F.

Bismillahirrahmanirrahim

Pernah tak, kita fikir yang ibadah kita tak diterima?
Pernah tak rasa sedih bila terfikir yang solat fardhu kita, taubat kita, tak sampai pun kepada Allah?
bunyi macam tak logik sebab kita dah sememangnya tahu Allah itu Maha Mengetahui segala sesuatu. mana mungkinlah Dia tak nampak solat kita kan?
tapi cuba la kita fikir semula, dah betul ke rukun solat kita? sah ke wudu' kita tadi? masa seawal angkat takbir tadi, niat dah ke belum? khusyuk ke tak?

kembali pada soalan pertama dan kedua. 
Pernah tak, kita fikir yang ibadah kita tak diterima?
Pernah tak rasa sedih bila terfikir yang solat fardhu kita, taubat kita, tak sampai pun kepada Allah?

kita ambil contoh paling mudah, bila jawab periksa, kawan kita sengih sengih sebab dapat A++, kita pulak dapat F. failed mek. tapi sengih la jugak. yang bezanya dalam hati kita sedang cemburu dengan kawan, sedang menyesal tak sudah-sudah. kenapalah aku tak study betul-betul, manalah salah aku agaknya. 

lets just take the feelings of getting F instead of A+ macam member sebelah tu. rasa malu, rasa menyesal, RASA TAK BEST! worst feeling weh! 

perasaan yang sama lah jugak bila kita tahu yang ibadah kita tak diterima kan? Allah. cemburulah, sedihlah bila tengok member-member yang sedang ikhlas istiqomah pada Allah. 
"ibadah tidak hanya pada bilangan yang kita buat. kalau tu yang kita kejar tanpa niat yang betul, berkualitikah ia untuk Maha Pencipta?"

bersihkanlah. bersihkanlah jiwa. moga-moga ibadah kita diterimaNya. insyaAllah.

shortnote: Ramadhan kali ini, dalam orang tengah bersungguh memburu LailatulQadr, kita dekat mana? tengah buat apa? rasa nak repeat kan? tunggulah Ramadhan tahun depan. moga-moga masih ada! insyaAllah.  

hitam

jiwa ini sarat
mendokong selambak dosa untuk dibawa ke akhirat

apa alasannya
membiarkan jiwa itu hitam
sedangkan diri berkeringat menagih ampun

lalu apa caranya taubat mu nak diterima
kalau yang namanya jiwa itu legam
cekal lah wahai diri, kasihankan jiwa
yang masih menagih ampun


Tuesday, July 24, 2012

keep calm, read and watch.

there are some of us yang sebenarnya masih belum faham regarding this topic. not saying that i knew everything about it. but this talk might give you help in getting a clearer view on marriage. not exactly marriage, it is actually more on bagaimana cara(most appropriate way may be), dan bila waktunya untuk kita tahu dan kita bersedia sebelum menjemput manusia asing sama-sama duduk dalam hidup kita, berborak kosong dengan famili kita. choyyyy borak kosong!

but please.video ini bukan satu provokasi untuk kita tutup perasaan paling manis yang Allah dah beri pada kita. tapi ini lebih kepada, motivasi untuk kita sama-sama mengawal perasaan kita dalam proses persediaan menuju kepada perkara halal paling indah! ambik kau. but seriously, itu target kan? 

i used to think that im too young for this. BUT NO. lebih awal kita tahu, lebih baik. so that kita dapat jalani kehidupan kita in a better way. insyaAllah. 

please please, do spend a little time watching this video. dengaq baik baik. this is very good. penyampaian yang simple, paling mudah nak masuk kepala. semoga kekal dalam hati. :)

its a talk by Wardina Safiyah and Aiman Azlan. organized by MSA Taylor College. there you go, 
BEETLES AND ROSES!

*click at the link given. terima kasih. :)
ada 6 soalan, lets go through all the questions. satu hari satu soalan pun jadi. 

at the end of this videos, kita sama-samalah kuatkan hati dalam melakukan perkara yang "right on track". 
remember, perasaan itu ada, cuma kita kawal. sampai masa! just be patient. insyaAllah. have a good day. Assalammualaikum! :) 

Monday, July 23, 2012

menangguh kesabaran

sabar.tangguh.

dua itu ada bezanya
mohon jangan jadi buta
berselindung di sebalik perkataan sabar
sedangkan kau cuba tangguh satu satu agenda

letaklah di tempat yang betul letak duduknya

dan jangan pula kau tangguh tangguhkan kesabaran

Monday, June 25, 2012

bisa tunggu?

kerna hujan masih renyai
dan kerna siang belum jelma

berteduhlah kita, padaNya kita patuh
siang untuk kita, masih belum tiba.

tunggu. tunggu sekejap.