Saturday, September 5, 2009

jam 1.08 pagi

aku lihatkan objek petak petak kecil
terikat kemas pada pergelangan tangan

jadi ada kata nak aku cerita


k a w a n

tak penting unuk kau banggakan berapa lama kau kenal dia
tak kira kalau kau tahu bila dan di mana lahirnya dia
tak kisahlah kalau rumah kau cuma sejengkal dari dia

kerana itu semua tak membawa sebab sebenar kau terus berkawan dgn dia.. dgn mereka semua..






jauh mana kawan menetap
atau tak pernah sekali pun wajah kawan kau tatap
bukan sebab kau terus ingat namanya dan
bukan sebab kau dan dia akrab

tinggi pendek gempal kurus pun kawan kau
kaya miskin punya kereta atau cuma beca pun kawan kau


itu bukan jawapan untuk soalan


"mengapa kau terus berkawan dengan mereka?"
kau terus menjalin rasa kawan dengan dia dengan mereka
kalaupn jarang berjumpa
kalaupun tak pernah bersua


kerana

keinginan untuk terus bersama mereka ada pada jiwa ikhlas kau
kau terus berkehandak untuk sentiasa mengingatinya






*ada wajah wajah yang aku terbayang waktuaku tuliskan rangkap rangkap tiada suara ini
dan mungkin kau bakal tanya

'wajah aku ada tak Hany terbayang?'


haha. ada. selalu ada.


tamat menulis
jam 1.45 pagi
28.08.09

Monday, August 24, 2009

tahan sampai maghrib

waktu waktu macam ini lah

semua sakan tunggu azan maghrib

waktu waktu macam ini lah

titis liur bertahan di benteng bibir

waktu waktu macam ini lah

terbayang kepulan asap dari mulut

waktu waktu macam inilah

jam tik tok tik tok jadi pujaan

waktu waktu macam ini lah

cuba lari dari segala lahanat dosa






SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Saturday, August 8, 2009

bagaimana

bagaimana,
kalau hari ini,
hari akhir untuk aku?

bangun dari tidur kali terakhir
makan kali terakhir
menonton kali terakhir
menyisir rambut kali terakhir
ketawa kali terakhir
bersalaman kali terakhir
bermain piano kali terakhir
melangkah kali terakhir
menyanyi kali terakhir
memeluk kali terakhir
membuat panggilan kali terakhir

bagaimana,
kalau ini tulisan aku yang terakhir?


dan bagaimana,
situasi, rupa, dan cara aku mengakhiri semua itu untuk kali terakhir?

terus,
apa pula yang kemudiannya?




dua persoalan gila
untuk apa yang akan terjadi sebelum dan selepas
satu jasad yang sudah tiada roh di dalamnya

Sunday, July 12, 2009

deklamasi bisu

tadi saya cuba imbas semua

saya dah tutup buku rahsia
saya dah lupa rasa dahaga
saya cuba buka mata
saya tak bermain dengan jiwa

saya lupa, lupa, lupa semuanya
tapi itu yang terbaik
saya tinggalkan
saya lepaskan
berlari dari emosi emosi gila

kerana ada yang menuntut satu realiti dunia
saya turutkan apa yang mereka tuntut dari saya
saya cuba, saya usaha
kerna saya mahu apa yang mereka mahu
mereka dah tutupkan mata fantasi hati saya

Sunday, June 14, 2009

cuba putarkan masa

dari mana nak mula?
dari mana nak cerita?

tadi,
aku lihatkan foto foto lama
sayu, sakit rasa hati,
melihat orang yang sama
cuma ada yang hilang

melihat orang yang sama
cuma tumpu nya dah hilang

melihat orang yang sama
cuma kita dah hilang

menjadi seorang aku
yang suka ambil kisah lama untuk di kenang
kadang ada bagusnya
kadang ada peritnya


sekitar baru
nafas baru
semua punca untuk semua yang dah hilang

status,rupa,gaya,cara,masa.
semua punca untuk semua yang hilang

aku jadi bodoh
cuba putar kembali masa
bodoh bukan?

kata putusnya
segala yang berubah itu puncanya dari masa
segala yang berlaku itu puncanya dari kita

cuba putarkan masa kalau kau mampu
cuba putarkan masa kalau kau mahu
cuba putarkan masa kalau kau rindu

Saturday, June 13, 2009

entri kamu

waktu hilang punca
segera aku mencari tulisan mu
membaca bait bait kata dari kamu
entri kamu sentiasa memberi ruang untuk aku gembira

terima kasih.

cuma saat

waktu terlalu cepat
memintas malam pekat
hanya yang tinggal adalah saat

masa berlalu
semuanya tak seperti dulu
apa yang kita rasa dulu
tidak lagi,
bukan lagi utk sekarang.

dengar ya,
aku bukakan bicara

kawan,
kalau apa yg kita lalu dulu
tidak berlaku lagi waktu ini
jangan salahkan siapa pun

mungkin ada kita cuba pulang seperti dulu
tapi jalannya sudah ada beza
haluannya tak sama
kau pilih apa yang kau nampak
aku pilih apa yang aku nampak

kawan,
siapa tahu sekarang sudah ada kejauhan
tapi ingat
sekurangnya
kita pernah rasa gembira pada tempoh yang lepas

-----------------------------------------------------------------------------------------------------