Sunday, August 8, 2010

saya berjalan atas tujuh hari panjang.

Terlalu lama rasanya

saya penat. Dan tak larat.

Sedang susun tujuh hari yang mendatang agar tak rasa panjang.

Sunday, August 1, 2010

tak.
Bukan kau yang terlalu banyak bicara.

Cuma aku dah tiada kata.
Tunggu nanti, dah sampai masa,
aku lebarkan jalur cerita duka.

Wednesday, May 12, 2010

salah aku

waktu sama-sama
susah payah nak jawab periksa

aku ingat ada satu masa
malam
kita sama-sama janji depan mata
jangan pergi hala yang tak sama


rasanya cuma sementara
kita dah di bulan lima
janji malam itu, sekejapan hilang
cerita dan kisah kita melayang

kau pilih untuk tidak sama-sama








hari ini
depan kau aku mengaku
dan jika kau pun mahu
aku kata
semua pun salah aku








r i n d u

Thursday, April 15, 2010

takutnya

bila hari hari pun berlalu pada arus dunia
terasa sudah bertingkat lapisan usia

ahhhhhhh


nak aku nyatakan
aku makin peka pada kematian

sakitnya


lepasan hari yang terdekat tadi
mati itu laju putarnya dalam hati

bakal aku hilang siapa?
atau siapa bakal hilang aku?



takutnya



bila ku pintakan peluang
tapi basi aku sia sia kan


sayang,
bahasa aku ini terlalu dalam
jika senang kau faham
takut kau risau tentang apa yang aku risau

Friday, April 9, 2010

sunanratnaberagas











kalau Sunan mahu benar ke barat jauh


Ratna duduk di sempadan ini
Beragas akan datang bunuh.











Tuesday, April 6, 2010

dan pada saat ini


aku menjadi milik ketiadaan


lapang







klang
06 april 2010

Friday, March 19, 2010

dua malam

kalau sampainya logik akal

dan 

kalau diizinkan



aku rela menanggung sakitnya dia.
raut wajah dan air mata
sudah aku terasakan



yang aku mohon,
kurangkan derita
biarkan dia gembira
tapi jangan kau ambil dia
aku tak sedia

dan dengan dua malam yang kau beri itu
aku syukur masih ada dia satu satunya