Tuesday, December 3, 2013

rumit

laju.
cukup laju ia bergerak,
meninggalkan aku, tanpa ada rangkaian kata yang mampu aku satukan

waktu.
waktu bergerak terlalu laju.


Tuhan,
simpulannya terlalu rumit.


Thursday, October 17, 2013

ibrah




langkah ini perlu aku kecilkan,
kerna ia terlalu laju.

melangkah lebih perlahan, 
agar tiap pandang sisi ku di ambil kira
tidak maju terlalu laju
tidak mundur walaupun sebatu
kerana tiap yang menjadi ada ibrah yang terlihatkan

Tuhan
atur langkahku Tuhan
agar ibrah dariMu takkan satu pun aku lepaskan
agar ibrah dariMu memasak dalam ingatan
agar ibrah dariMu bukan untuk ditinggalkan

maka atur langkahku Tuhan
demi mimpiku menjadi yang terbaik buat ayah ibu
demi mimpiku merasa syurgaMu

an-Nur : 44 
"Allah yang memindahkan malam menjadi siang-yang demikian itu terdapat ibrah(perumpamaan) bagi orang-orang yang celik mata hatinya-(berfikir)"

Yusuf :111
"Dan didalam kisah mereka terdapat ibrah(pelajaran) bagi orang-orang yang celik mata hatinya-(berfikir)"


Monday, August 26, 2013

kasihan

kasihan

terus terus menganiaya
terus terus memberi dusta
terus terus menambah dosa


kasihan
terus terus berbuat demikian rupa



pada dirinya sendiri

Sunday, July 28, 2013

boleh atau tidak?

boleh tidak,
kalau rasa ini menduduki hati lama-lama?

boleh tidak,
rasa ini kekal sepertimana aku sedang merasa sekarang?

boleh tidak,
rasa ini tidak pergi jauh, biarkan aku jatuh, dan kemudian mampir semula semahu ia?

boleh tidak?


rasa kesal pada dosa
rasa terbeban melepaskan masa
rasa rindu pada Yang Esa

Tuhan boleh tidak Kau tetapkan rasa ini pada hati?
agar terkesan pada diri,
agar aku terus merendah hati
demi tulus ikhlas menyembah Mu Yang Abadi.

Wednesday, July 3, 2013

seka.

seka.
seka leleh air mata kamu.

menangisi yang dibelakang itu takkan pernah membawa jaya pada mu jika tidak kau seka leleh air mata itu, dan ukir senyum perlahan-lahan.

jadi seka.
seka leleh air mata mu.

biar benar-benar

kalaupun hampir tapi berjauhan
sekadar menyebut tapi tak didengar
sekadar melihat tapi tak diperhati

tiadalah yang lebih tahu dari Yang Maha Mengetahui


rela biar benar-benar merelakan

sayang biar benar-benar sayangkan

dan aku sisip, doa-doa berunsur kasih buat kalian


kecil hati aku lupakan, sangka buruk aku tolak ketepian.

Tuesday, May 7, 2013

gantung

nah
ambil jiwa ini
ambil mata, telinga juga
seluruh jasad mungkin lebih baik

hiaskan senyum kamu
bidaskan segala kelemahan aku
ceritakan nikmat iman kepadaku
pegang jangan lepas jemariku
katakan ini semua aku mampu lalu!

usai sujud tadi, 
kamulah yang benar-benar aku butuh, 
menongkat aku yang jatuh,
tidak, belum lagi, cuma hampir, hampir jatuh.

kadang, dalam keadaan terlalu lemah,  
sahabatlah yang kita cari, demi kata - kata penguat,
sampai kadang terlupa meletakkan kebergantungan penuh pada Yang Kuasa.