Showing posts with label yang terjadi tadi. Show all posts
Showing posts with label yang terjadi tadi. Show all posts

Saturday, May 2, 2009

penghasilan

sedang membikin noktah.

Thursday, December 18, 2008

bukan nasib kott

dalam kenderaan beroda empat yang besar itu
bas awam

terlihat aku
sepasang suami isteri tua
berbangsa india
dua dua terlelap dibuai mimpi dek kerana penat sangat

*ya, aku pasti sunggoh. mereka dah berjalan jauh, bawa beg besar.
nak pulang ke rumah anak barangkali

aduh
comel aku lihatkan
terlentok tertunduk dalam ketiduran

ciss!
baru nak amek gamba! low batt pulak. hesh.

kalau tak
kamu pun dapat lihat sama pasangan itu tertidur
wajah jelas menampakkan rindu pada sang anak.

hilang kata

duduk aja
biar jari yang memasang kata

cerah lagi ruang ini
nanti nanti saja aku malapkan

kalau dapat aku jelaskan
apa yang di pikirkan
semudah klik for search
dah lama hati tak susah macam ni

aku tak ada kata lah.

Wednesday, December 17, 2008

pulang dari Piano class

senyap saja
baru tadi,
abang jerit jerit menyanyi entah lagu jiwang sayang nya tu
entah sejak bila suka karaoke
aku pun tak tau
dah macam master sangat hal hal karaoke

sambung,
tadi,
baru pulang dari kelas piano
gelap, malam dah sampai
hujan pun renyai renyai
abang pandu macam biasa

santai

adalah kereta ni
aku tak nampak sangat
kancil mungkin
jalan makan line
**kimak
ya, abang suka mencarut
nasib baik sempat elak
kalau tak, cium tubuh lah kancil itu dengan honda ni

tapi itu saja yang nasib baik,
sekelip mata aja,
satu benda bulat samar samar aja aku lihat
gelap, mana nak nampak
terbang ringan menghala ke honda yang abang pandu
sudah tu,
dah serupa bunyi guruh
dentam dentum bawah kereta honda

aku;beristighfar... apa tu bang? anjing ke?
mana lah aku tahu
tadi bunyinya macam anjing kena langgar, sakit, derita.

abang; jangan orang sudah lah.
*merepek, benda tu kecil sangat, tak mungkin orang. tapi, kalau kepala orang, who knows..

dah terlintas nak mengadu,
alah, pendengar adu tak availabale pula.

biar aja la

lekas aku sentuh punat radio
ya

aku tak rasa dalam situasi terkejut macam ni,
ada melodi yang boleh buat aku atau abang tenang

senyap

masuk selekoh
abang berhenti betul betul tepi bangunan gah
yang menjual furniture

tak nampak pula percikan darah
biasa la, aku, imaginasi bukan bukan
plat nombor dah bengkok ke barat
bumper macam nak jatuh

seketika

kami masuk dalam kereta
hidupkan enjin, jalan
tapi tak sama macam mula mula tadi
entah apa bunyi,
tapi yang pasti, ada yang dah rosak atau tak berada di posisi asal

abang; kau buka gate, pasang lampu

terus aku tanpa kata lagi

abang; amek lampu suluh abang dalam bilik tepi bantal
*lampu suluh abang???
*walhal aku yang dapat lampu suluh tu *pencuri !

ehh, tak ada masa nak fikir benda bodoh tu

nasib baik abang aku ni penggiat kereta, kerja sementara di bengkel
dah itu minat dia
ambil kursus automotif

sekarang
tiada apa yang pasti
hari ni, Rabu,
hujung minggu nak ke Pangkor
haiii
tak jadi lah tu
tak apa
banyak masa lagi.


*pesan: jangan risau, tiada benda hidup pun yang terseksa, cuma langgar besi tadi,
aku pasti, sebab dah nampak kesan karat di bumper kereta.

=)