Tuesday, May 12, 2009

pesan untuk kawan

hai.
salam sejahtera
untuk rakan untuk sahabat
ada pesan untuk kamu semua

nak mintak tolong
---------------------------------------------------
kawan,
katakanlah jika suatu hari nanti
dia pergi dari sini
ku minta kamu semua ada bersama aku di sisi

sudah ku kira kira
rasanya tak mampu untuk aku berdiri sendiri jika dia berlalu pergi

jika benar dia akan pergi
bawa aku turun dari sketsa itu
hentikan aku dari cerita itu

sama sama denganku,
kita langkah ke dunia baru


tolong ya.

Sunday, May 10, 2009

saya suka tidur dengan dia

kehadapan bunda
Jamayah binti Hamzah
Selamat Hari Ibu

i love you mak.


thank you for everything mak
InsyaAllah, panjang umur Hany,
Hany nak jaga mak.


sorry selalu cakap kasar dgn Mak Abah.
sorry result exam tak best
sorry byk buat salah
sorry i make u cried
sorry i've lied to you
sorry i hate when u keep on asking me this and that


---------------------------------------------------------------
untuk setiap keterlanjuran darah muda ini melepaskan kata
maafkan aku
---------------------------------------------------------------


mak masak sedap
sedap sangat sangat



honestly,
you are my everything.
i love you Mak.
Happy Mothers Day..

Monday, May 4, 2009

tak jumpa saya

gila.
baru teransang niat nak lelapkan mata
sederap datang soalan

aku perempuan yang macam mana?
aku adik yang macam mana?
aku kawan yang macam mana?
aku anak yang macam mana?
aku pelajar yang macam mana?
aku pemimpin yang macam mana?
aku sepupu yang macam mana?
aku orang awam yang macam mana?


dari mata mata asing yang melihat aku
dari pandangan mereka
aku ni manusia yang macam mana?

sesat
aku sesat
hilang arah
tak tahu sifat sifat yang ada pada aku

mengeluh panjang.....
tolong beritahu aku
aku ini yang macam mana pada kamu

gila gila?
kedekut?
sopan?
kurang ajar?
bodoh?
berlagak pandai?
terdesak?
pendiam?
cerewet?
tamak?
demanding?
penyayang?
suka menyibuk?


seram sejuk.
merasakan apa yang pernah kamu katakan pada aku dulu,
semuanya semata mata nak jaga hati aku
atau saja nak menyakiti hati aku

peninglah


moga moga
sebentar lagi
terlelap mata ini
tak ada mimpi ngeri

harap harap
pagi nanti
terbuka mata ini
tak terfikir tentang siapa nurfarhany


selamat malam.

Saturday, May 2, 2009

penghasilan

sedang membikin noktah.

Wednesday, April 29, 2009

lumpur hitam pekat

ahhhh.
celakalah semua yang aku pikirkan ini
melumpuri otak
kotor busuk
geli mual

bodoh
memuaskan nafsu marah dengan seribu satu bahasa kesat


sakit hati bila soalan tak jumpa jawapan
sakit hati bila situasi gila itu serta merta buat aku hasilkan soalan

Sunday, April 5, 2009

orang tanya

orang tanya
hey, apa cerita?
mana sambungannya

macam drama tergantung
yang lazimnya bikin orang terus terusan bertanya
sampai boleh tercetusnya rasa tak puas hati

tapi tidak untuk aku
bila mereka tanya
mana sambungannya
aku diam

sekarang sedang bergelumang dengan tali kusut


orang terus bertanya lagi
mana sambungannya
aku diam

bukan diam kerana tak ada jawapan
diam sebab aku sendiri tak tahu
mana sambungannya
cerita masih berjalan, tapi terlalu bosan
tiada kejutan
tiada perubahan

mengalah?
tidak lah.

berserah?
mungkin.

mengharap?
jauh sekali.

baca dan ingat

waktu itu
kau tujukan soalan
'what what you gonna say if today is my last day?'


terkedip mata
bergoncang rasa gundah
bertanya pada aku sendiri
kenapa soalan itu yang kau kemukakan

tak semudah menjawab soalan objektif


lalu aku katakan
*dengan jujur

i will miss every momment with you and about you,
in past, now, and future.


ini bukan perkara gurau.
sekurang-kurangnya,
one day, if you leaving,
kau dah tahu apa yang kau patut tahu dari aku

berhenti di sini.
kompleks sungguh untuk dilanjutkan.