Monday, December 27, 2010

wan tu tri les goh!

satu
dua
tiga
dan terus kau kira
kira setiap saat yang hilang
hilang bukan depan mata
hilang bukan dengan rela

jadi perlu untuk aku dukung semua detik itu
perlu aku gendong

pada yang lepas
ada keciciran masa yang aku biar
keciciran besar

jadi hari ini
mari mula !!
mari mula !!
kita berlari dengan masa
seiring dengan langkah laju masa

Wednesday, December 8, 2010

pesan dalam mimpi cantik

cantik mimpi malam itu
hingga buat aku paksa diri untuk terus tidur
hingga buat aku paksa diri untuk terus tidur agar ada sambungan yang lebih indah
dan bunyinya akan lebih hina
bila sanggup subuh gajah kerana mimpi itu

terasa benar sentuhan kamu pada mimpi itu
bahagia!

tapi sakit, sedih,
bila aku fikirkan kita dah sampai garis penamatnya
mimpi aku berakhir dengan pesanan mu
"dont forget to call me"

sure, i will.