Saturday, February 28, 2009

kelilingku manusia

mengelilingi lingkaran hidup
menjejaki rasa mati
menari dengan melodi jiwa
berpusing satu putaran dunia

kelilingku manusia
manusia manusia pelbagai rupa
memandang penuh rasa simpati
melihat sebagai yang tinggi diri
merenung penuh rasa suka

kelilingku manusia

Wednesday, February 25, 2009

trime kaseh

bila kau minta satu
aku berikan kau satu
kau minta dua
aku berikan kau dua
dan seterusnya begitu

tapi,
bila apa yang kau minta itu
perlu kan pengorbanan
aku korbankan
nak buat macam mana lagi
aku sendiri yang bilang
jika mau sesuatu, yang satu lagi kita kena korbankan
pappp!
kena di muka sendiri
nak tak nak
ya
kena lah aku korbankan

sayang,
sayang aku kena tinggalkan bulan bintang itu di situ
sayang,
sayang aku terpaksa pandang bulan bintang dari jauh aja
sayang,
sayang aku tak dapat nak pegang bulan bintang macam dulu


tahniah pada si pencanang
you did a very GREAT JOB!!!!
masterpis terbaik dari kau
karya agung dari kau
sampai buat aku terdiam terus

aku serahkan semua untuk kamu, kamu, dan kamu
segalanya yang terbaik untuk kamu semua
terima kaseh

thanx for the short sweet moment dear.
salam syabas salam tahniah untuk semua.

Tuesday, February 10, 2009

cari

merah langit senja dah tiba
gelap.. makin malap,
terkocoh aku mencari arah

arah mana?
hala mana?

aku mencari segala yang dulu
simpang apa untuk aku belok?
untuk mendengar jenaka kau
tawa aku hilang terus.. hilang lansung..

arus mana harus aku tuju?
mau mencari kau yang dulu
kau bercerita dan mencerita
aku letakkan diri ku dalam cerita kau
segala macam duka ria
merasa apa yang kau rasa
siapa yang menjajat hati kamu?
siapa yang bawa kau jauh dari kau yang dulu?

yang di depan mata ku itu adanya kau
tapi sudah kosong, kosong...
aku tak bohong,
melihat kau di depan kemudian berpaling
lalu terus pergi tinggalkan aku jauh benar di belakang mu,
ada sekali kau toleh ke belakang,
tapi itu saja, hanya satu pandangan mata tanpa makna

runtun hati ini,
rindukan kau yang dulu
dulu sudah menjadi igau
sedar kini, aku dah hilang kau,

lalu aku sujud
kucupkan dahi pada rentangan sejadah
di sujud itu aku persoalkan mana hilangnya kamu...

Sunday, February 1, 2009

damai

yang di damba terdampar di pantai
menjerit mati di panah matahari
bergelumang mencari damai
kering kontang terbakar diri

bantu aku
cari siapa yang sedang berpuisi
kerana puisi itu aku buntu
salah sangka tiada saksi

sudah tercetus gemparkan tidur bidadari
kata kata yang di baris sang pemuisi
aku menoleh terus berlari
amarah tanpa faham seluruh isi

terkebil mau mencari damai
tempik aku bingit menghina
hulur ampun tiada guna
air mata pun tak lalu nak berderai

perlu masa perlu ketika
sesudah sembuh luka
baru berani menghadap muka
ampun terus di pinta
agar hilang sedikit bahang neraka

anak kecil jadi perawan muda

petang tadi
anak kecil itu duduk di taman
bertocang dua rambut hitamnya

petang tadi
anak kecil itu duduk tanpa teman
memeluk tubuh kecilnya

ada kerut di dahi dia
ada resah di wajah dia
ada tanya di mata dia

mana ibu?
lalu mengeluh masih menunggu
aduh dia sangat rindu
mana ibu?
dia tertunduk melihat batu
lazimnya ibu jemput jam satu

pagi tadi
ibu tua ini
bersedih hati

mengapa?
tiada siapa yang tahu
ibu mahu pergi
menghadap Ilahi

malam tadi
anak kecil diam terpaku
hilang ibu hilang segala
hilang ibu hilang dunia

malam tadi
aku dengar jeritnya si anak
mungkin fikirnya
ibu tidur tak mahu memeluknya
ibu tidur tak mahu menunjuk muka

hari ini
anak itu menjadi perawan muda
masih tekun di dunia
tergantung loket ibu di lehernya

masih aku ingat pesan dia
jaga ibu kamu baik baik
pesan untuk aku, juga untuk semua
bila ibu pergi, tak mungkin akan balik


*senyum bila ibu senyum, menangis jika ibu berpura senyum.