Sunday, February 1, 2009

anak kecil jadi perawan muda

petang tadi
anak kecil itu duduk di taman
bertocang dua rambut hitamnya

petang tadi
anak kecil itu duduk tanpa teman
memeluk tubuh kecilnya

ada kerut di dahi dia
ada resah di wajah dia
ada tanya di mata dia

mana ibu?
lalu mengeluh masih menunggu
aduh dia sangat rindu
mana ibu?
dia tertunduk melihat batu
lazimnya ibu jemput jam satu

pagi tadi
ibu tua ini
bersedih hati

mengapa?
tiada siapa yang tahu
ibu mahu pergi
menghadap Ilahi

malam tadi
anak kecil diam terpaku
hilang ibu hilang segala
hilang ibu hilang dunia

malam tadi
aku dengar jeritnya si anak
mungkin fikirnya
ibu tidur tak mahu memeluknya
ibu tidur tak mahu menunjuk muka

hari ini
anak itu menjadi perawan muda
masih tekun di dunia
tergantung loket ibu di lehernya

masih aku ingat pesan dia
jaga ibu kamu baik baik
pesan untuk aku, juga untuk semua
bila ibu pergi, tak mungkin akan balik


*senyum bila ibu senyum, menangis jika ibu berpura senyum.

No comments:

Post a Comment