Monday, December 29, 2008

beri pinjam pada aku

kau yang tumbuh itu,
aku ingin pinjam,

kali ini
aku mau yang kamu ada
agar boleh aku mulakannya disini
hingga tamat hujung waktu nanti

pinjamkan aku
sekuntum ceria kamu,
boleh aku selitkan di telinga
agar dapat berbisik yang ceria
untuk aku berbahagia

pinjamkan aku
sedahan semangat kamu
boleh aku bergayut di situ
terus mara maju

pinjamkan aku
serendang tenangnya kamu
boleh aku berbuai laju
pantas dan tiada gopoh melulu

pinjamkan aku
ribuan dedaunan sabar kamu
agar sabar aku ini
akan kekal, berlindung di celah dedaunan mu

pinjamkan aku.

Saturday, December 27, 2008

terang jangan gelap

gelap...
segalanya sudah lenyap

hambar...
segalanya sudah jauh dilempar


sisa sisa itu
mau aku lemaskan
hanyutkan ke dasar laut
sedalam sauh kapal berlabuh


saki baki itu
mau aku tanamkan
benamkan ke dalam liang lahad
sedalam mayat yang disemadi


biar yang baru nanti
tumbuh
mekar
menjadi cahaya baru
terangi yang gelap

Friday, December 26, 2008

barisan pilihan

mahu gelak besar?
atau mahu menangis hambar?

mahu dengar jenaka?
atau mahu dengar yang duka lara?

ingin lihat yang senang hati?
atau ingin lihat yang mengguris jiwa ini?

pohon itu menghijau
besarnya melampau

sungai itu jernih
sejuk segar bersih

jika semuanya ada dua pilihan sahaja
senang buat kerja

tapi
yang dihadap depan mata
berbaris teratur perkasa
apa caranya mau memilih

jika boleh pilih
mau hidup senang atau susah
mana yang kau pilih?
dah tentu senang menjadi pilahan hati

tapi itu
itu yang mahu aku tekankan
jika hanya ada dua pilihan
tapi tidak
di hadapan mu itu
berbaris pilihan
bazirkan waktu itu
hanya untuk memilih

Thursday, December 25, 2008

tanya hany

dalam ruang gelap ini
tanya itu banyak menujah

hey hany,
kamu fikir apa?
baru seketika,
sudah banyak bertanya

hey hany,
kamu pandang apa?
baru jam dua,
sudah banyak curiga

hey hany,
kamu ingin apa?
baru setengah purnama
sudah banyak di rasa

ini satu saja aku mau tanya
orang kata
usaha tangga kejayaan

tapi jaya aku
tangganya itu,
aduh tinggi sungguh
baru aku nampak pintu jaya
baru mahu aku senyum hingga ke telinga
berderap,
tangga itu seribu batu bertambah

apa yang aku fikirkan?
sejuta perkara dalam satu keluhan hambar

dan kerana itu
aku sujud memasang pohon
memohon agar yang serabut itu terungkai

supaya tiada lagi keluh hambar
yang terlihat cuma senyum lebar

Wednesday, December 24, 2008

untuk pujangga

hey pujangga
mari sini
dengar adu aku

hey pujangga
datang ke mari
dengar soal aku

hey pujangga
kau itu, tiada yang lain
kau mempersoal
kau di soal
kau berpusing tanpa arah
asyik aja berfikir

ini untuk pujangga
ini untuk pujangga
ini untuk pujangga

rebah disini
dengarkan dalam sunyi
jangan berfikir lagi
pujangga rehat ya
jangan mengerut dahi lagi

terlalu bersoal
tidak bersuka hati

hey pujangga
adu ku itu dengarkan nanti

hey pujangga
aku disini
masih berdiri
tegak menanti
menanti sang pujangga
agar dapat mengadu diri

tapi itu nanti
rebah dulu
layangkan hati

ini untuk pujangga

Tuesday, December 23, 2008

entri lagi.

bila yang ditulis itu gramatis
ada segelintir yang bernada puitis

bila yang hilang itu kudis
maka nampaknya nanti lebih manis

bila yang di depan itu kamu
aku jadi termengu
terlihat akan aku yang dungu
terus buntu


diri bagai terlalu halus
kecil dan terpencil

pegang tangan ini
layarkan di tengah laut
hati ini biar hanyut
tapi jaga, aku goyah, cepat melatah
hulurkan tangan kamu, biar aku berpaut

dugaan pahit itu sangat buas
lindung aku jangan biar lepas

sampai darat nanti
kita ikut rasa hati


mau tinggal


atau pergi





*kita mana boleh buat semua tanpa ada yang bantu, jangan sombong jangan bongkak, mana jiwa baik itu, bantu jika perlu.
like my friend said, no one is perfect, dats y pencil hav an earaser. rite pacik gilo? haha.

sebelum kelmarin selepas lusa

kelmarin
kita janjikan yang lusa

kelmarin
kita tak tunaikan yang lusa

lusa
kita masih di situ
di takuk yang lama

gah janji kelmarin
kita pandang biasa pada lusa

kita janji mau yang hebat
kita angankan yang teratas
kita bualkan yang di depan

tangan itu
yang menjunjung sumpah

tangan itu
yang menunjuk janji

ahhh
apa yang kita selesaikan pada lusa?
tiada apa
yang tambah itu hanya bisa

sini
kuncikan diri kamu
kuncikan kelmarin itu
kenanglah balik

di sini
lusa sudah melabuh diri
apa kita tunggu lagi

tebarkan janji
biar semua tampak pasti
agar boleh kita senyum lagi

Sunday, December 21, 2008

senyum saja

semalam janjinya begitu
tapi hari ini
jadinya tak seteru

semalam susun aturnya dah padu
tapi hari ini
jadinya makin kaku

semalam gembiranya berlagu
tapi hari ini
jadinya tambah sayu

tapi tak apa
singkat mana juga tempoh itu

garis negatif itu
aku tingkah dengan yang positif

singkat mana tempoh itu
aku masih senyum

singkat mana tempoh itu
kita masih sama sama

jalani yang bahagia itu sama sama
sulamkan rapi saat ini ya

senyum lagi.

Saturday, December 20, 2008

mari angin lagi

angin

tiupkan lagi

biar sejuk

biar tenang


angin

mari sini lagi

pujuk lagi yang tuli ini


angin

teman saja lagi

bawa yang dulu itu

terbangkan ia oleh kamu

bawa ke mari

agar boleh senyum macam dulu lagi


angin

segarkan yang basi di sini

sedarkan yang alpa asyik

agar tawa itu besar macam dulu lagi

angin
teman lagi
sampai mati
jangan biar sendiri

sorry, ini aja yang aku ada

tiada ribut tiada taufannya
yang berbunga tersenyum cantiknya
yang terbang itu berdecit merdunya

langkah kamu
kata kamu

atau hanya dengan wajah kamu itu
boleh saja bikin aku ketawa

kamu yang kecil
tapi tiada pernah kau memencil
hai gembira aku bila hati kecil kamu
jiwa halus kamu itu aku bawakan gurau
kau bermasam muka
tapi tidak lama
ada saja akal kamu untuk meningkah aku
aku turutkan gelak melihat kau

tapi sayang
kau hilang yang kau cinta
kali ini
aku hilang kata
apa mau aku katakan pada kau

sekadar takziah
aku tak sanggup lihat kan kau yang sayu
jiwa kecil kau itu sudah mendayu dayu
mata kau itu sudah merayu rayu
sayu kaku

dengar kan aku wahai pecinta
kau harus tabah

ya
gagahkan diri kecil itu
aku, mereka, ada sentiasa menongkat kau tika duka

keringkan air mata itu
terima pemergian itu

pandang hadapan
bangun terus berjalan
aku, mereka, ada meneman


ini untuk teman yang hilang ayah. aku tak tau nak support kau mcm mana lagi, ini aja yang ada untuk kau

Friday, December 19, 2008

wujud itu aku

ingat lagi masa muda hingusan itu?

kau aku
suka saja
ada saja yang dibuat
dunia itu untuk kita saja
tiada apa kita lihat lagi yang di luarnya

ingat lagi waktu kita mula kenal dulu
aduh, bukan main
sorok sorok aja perasaan di celah sekeping jiwa kecil itu

sedar engkau waktu kita dulu
kau kata itu
kau janji ini
kau sebutkan itu
wah, senyum aku bawa ke tidur

nampak kah engkau waktu ini
diri yang satu ini
sudah takut
sudah terdiam memaku kata
dingin badan
dari tadi
dari mula lagi
menjaga langkah
mengatur kata

untuk apa?
untuk sentiasa kau lihat aku
kau pandang aku
tiada fantasi angan lagi

yang wujud itu aku saja.

Thursday, December 18, 2008

bukan nasib kott

dalam kenderaan beroda empat yang besar itu
bas awam

terlihat aku
sepasang suami isteri tua
berbangsa india
dua dua terlelap dibuai mimpi dek kerana penat sangat

*ya, aku pasti sunggoh. mereka dah berjalan jauh, bawa beg besar.
nak pulang ke rumah anak barangkali

aduh
comel aku lihatkan
terlentok tertunduk dalam ketiduran

ciss!
baru nak amek gamba! low batt pulak. hesh.

kalau tak
kamu pun dapat lihat sama pasangan itu tertidur
wajah jelas menampakkan rindu pada sang anak.

entri ke tigapuluh

mata
kenapa menangis

hati
kenapa sakit

jiwa
kenapa luka

ohh
dia sudah mahu pergi ya?
tak apa
mari aku pujuk di mana sayu itu

taknak?
kenapa?
takut tak terubat?

heyy,
dengar sini
tahan berang mu
pertahan iman
kukuh kan lagi tembok yang sudah banyak menahan amarah

itu kan perkara biasa
dia dah berubah
perkara umum untuk diri yang satu ini

sabar saja
memang dah pasti dia akan pergi
cuma nantikan saja detik itu

bodoh,
jangan harap kan apa lagi
biarkan dia
di bawa ke atas
pandang saja dari jauh


Tuhan, aku yang kecil ini, mahu sujud berterima kasih
untuk ketika yang sementara itu


senyum.

mari angin

angin jangan paksa aku

jangan bisikkan dengan sepoi bahasa kamu

aku tak apa apa

aku boleh tunggu lagi

tapi tak aku tampalkan sang janji

takut yang mendatang

janji makan diri

angin,

teman aku

kita tunggu sama sama.

biasa saja

sini
mari dekat
mampir ke sini
dengar bisik aku
aku nak kata pada kau

aku ini
suka kan yang gah itu
suka kan yang mewah itu
suka kan yang cantik pada mata semua

aku ini
nak kan yang tak mampu itu
nak kan yang tinggi taraf itu
nak kan dia yang gagah kacak itu

aku ini
ingin sangat macam macam

tegur lah aku jika aku sudah di luar garisan normal
tingkah lah aku jika sudah ringan terbang dalam angan
kejutkan aku
renjis kan kata baik di mata aku
biar aku sentiasa sedar

tapi
cara kau itu
biarlah kena
biarlah sedondon
biarlah sepandan
untuk aku dengar kan
untuk aku ingat
dengan jiwa yang senyum menerima
bukan dengan hati yang luka

aku ini
biasa saja
punya jiwa
jiwa dara
jiwa muda

ya
biasa saja

hilang kata

duduk aja
biar jari yang memasang kata

cerah lagi ruang ini
nanti nanti saja aku malapkan

kalau dapat aku jelaskan
apa yang di pikirkan
semudah klik for search
dah lama hati tak susah macam ni

aku tak ada kata lah.

Wednesday, December 17, 2008

pulang dari Piano class

senyap saja
baru tadi,
abang jerit jerit menyanyi entah lagu jiwang sayang nya tu
entah sejak bila suka karaoke
aku pun tak tau
dah macam master sangat hal hal karaoke

sambung,
tadi,
baru pulang dari kelas piano
gelap, malam dah sampai
hujan pun renyai renyai
abang pandu macam biasa

santai

adalah kereta ni
aku tak nampak sangat
kancil mungkin
jalan makan line
**kimak
ya, abang suka mencarut
nasib baik sempat elak
kalau tak, cium tubuh lah kancil itu dengan honda ni

tapi itu saja yang nasib baik,
sekelip mata aja,
satu benda bulat samar samar aja aku lihat
gelap, mana nak nampak
terbang ringan menghala ke honda yang abang pandu
sudah tu,
dah serupa bunyi guruh
dentam dentum bawah kereta honda

aku;beristighfar... apa tu bang? anjing ke?
mana lah aku tahu
tadi bunyinya macam anjing kena langgar, sakit, derita.

abang; jangan orang sudah lah.
*merepek, benda tu kecil sangat, tak mungkin orang. tapi, kalau kepala orang, who knows..

dah terlintas nak mengadu,
alah, pendengar adu tak availabale pula.

biar aja la

lekas aku sentuh punat radio
ya

aku tak rasa dalam situasi terkejut macam ni,
ada melodi yang boleh buat aku atau abang tenang

senyap

masuk selekoh
abang berhenti betul betul tepi bangunan gah
yang menjual furniture

tak nampak pula percikan darah
biasa la, aku, imaginasi bukan bukan
plat nombor dah bengkok ke barat
bumper macam nak jatuh

seketika

kami masuk dalam kereta
hidupkan enjin, jalan
tapi tak sama macam mula mula tadi
entah apa bunyi,
tapi yang pasti, ada yang dah rosak atau tak berada di posisi asal

abang; kau buka gate, pasang lampu

terus aku tanpa kata lagi

abang; amek lampu suluh abang dalam bilik tepi bantal
*lampu suluh abang???
*walhal aku yang dapat lampu suluh tu *pencuri !

ehh, tak ada masa nak fikir benda bodoh tu

nasib baik abang aku ni penggiat kereta, kerja sementara di bengkel
dah itu minat dia
ambil kursus automotif

sekarang
tiada apa yang pasti
hari ni, Rabu,
hujung minggu nak ke Pangkor
haiii
tak jadi lah tu
tak apa
banyak masa lagi.


*pesan: jangan risau, tiada benda hidup pun yang terseksa, cuma langgar besi tadi,
aku pasti, sebab dah nampak kesan karat di bumper kereta.

=)

fantasi bukan realisasi

kau takjub
kau taksub

gah sunggoh dia pada kau
terampil nya dia
bikin kau goyah
hilang kata
hilang rasa

wah
menari gembira kau dengannya
kalau tersambar petir pun
tak kau rasa lagi
asal ada dia di depan mata
asal merdu suaranya kau dengar

ya
pergi
genggam dia
bawa jauh jauh
sampai kabur dan terus hilang
dari mata kasar

puisi dia buat kau enak berfantasi
bawa dia bersama, selari kau dan dia berfantasi.


*datang idia dari dia yang hebat berfantasi. trime kaseh.

mahu cakap saja

halus sangat pasir itu
sama halus macam kulit dia

bulat terang bulan itu
persis mata dia

manis sunggoh madu itu
alahai cair kamu dengan senyum dia

putih salji itu
sah, seputih suci baiknya hati dia

sudah lah
kamu jangan takut
katakan saja
kamu mahu
dia pun mahu

apa kamu gundah lagi

Tuesday, December 16, 2008

lama tunggu?

lama kau tunggu?
sorry, aku belum boleh datang sana

bukan tak nak,
tapi susah
memang bebas dekat sana
tp, lama kena seksa dekat sana

bukan trauma,
tp derita
memang puas dekat sana
tp, takut semua masih sama

apa kau ni?
merepek.
cakap pusing pusing

biarlah aku cakap macam mana pun
biar kau tau
lama mana kau tunggu
sikit pun aku takkan kisah

jangan kata aku hati binatang
siapa yang mulakan dulu?
kau yang perangai macam setan
sekarang aku dah menang
baru kau terhegeh hegeh
senyum kambing!

Sunday, December 14, 2008

bintang




alif satar. OIAM star. his voice, yes i agree, memang terbaik. kind of micheal buble.
dan yes. aku suka music video ni. cantek. barisan pelakon RONARONI MAKARONI, pun sama. aku suka. =) plus, amylea, i like her voice too.

dah suka. nak buat mcm mana lagi.

sekarang kalau kita tengokkan. amboi. semua orang pun nak ada blog. tapi, yang peliknya, kenapa ada saja yang tak puas hati.

kau kata,
alah, budak lagi.
cepat terpengaruh. orang ada blog, dia pun nak.
p/s: aku tak kata yang mengata tu orang tua. ada juga yang dengki sama sendiri.

biarlah siapa pun nak buat blog. biarlah juga aku nak buat blog. aku nak bercakap, tak ada siapa yang nak dengar, so, aku tulis lah dekat blog ni.
sekurang kurangnya, ada juga yang pekak nak baca blog ni. trima kasih.

memang lah. semua orang pun boleh menulis. aku pun boleh menulis. tapi, bukan apa yang kita tulis, boleh buat orang tertarik nak baca. bukan semua ada bakat nak menulis sepanjang panjangnya, ayat yang ada maksud yg mendalam. haha.

biarlah situ.
kau tak suka, kau tak payah baca.
tapi tak salah kau tegur bila nampak ada kesalahan dalam entri tu.
sedikit sebanyak, boleh tolong mereka perbetulkan ayat.

tak salah juga kalau kau kritik apa yang aku tulis. memang aku nak pun. sebab aku tak pandai nak tulis hebat hebat macam mereka yang aku rasa hebat.

ada yang tulis tentang suka mereka dapat beli barang mewah. biarlah saja. mereka gembira. jujur nak kongsi rasa gembira.
ada yang tulis tentang sedih mereka ditinggalkan kekasih, biarlah saja. mereka seksa nak simpan derita dalam hati.

kau baca saja, rasa apa yang mereka rasa. paling tidak, boleh ubah kau yang tak ada hati perasaan tu, kepada orang yang ada perasaan. =)

p/s: aku tak ada rasa marah, bengang atau bangang pun. saja nak tulis. dah itu yang aku rasa sekarang, itulah yang aku isikan dalam entri ni. sekurang kurangnya, aku rasa macam aku tegur diri sendiri. sebab aku pun ada sifat macam tu kadang kadang. =)

diam, baca, dan aku dah sedar diri. haha.

Friday, December 12, 2008

geram rupanya.

aku duduk
biarkan sang angin bertiup deras
deras yang mampu bawa aku ke kisah yang lepas
di situ, aku terlihat, satu cahaya
cahaya yang kononnya boleh bawa aku bebas

ciss, cahaya itu dah malap
malap dan biarkan aku kembali dalam gelap,
teraba-raba aku,

apa yang kau tahu?
sudahlah,
jangan kau kacau aku
nak saja aku carutkan kau itu
nak saja aku seksa kau dengan lemparan batu

aku pun satu
bodoh tuli
cepat sangat beri simpati
sekarang apa yang aku dapat
mistakes mistakes mistakes!
aku dah kena tipu dengan diri sendiri

tak apa
biar saja aku duduk disini
di hempas angin suci
agar berani bangun dan berjalan kambali.

read it, it makes u think wisely, but, its about love la pulak. haha.

The first duty of love is to listen
-Paul Tillich

If you love somebody, let them go, for if they return, they were always yours. And if they don't, they never were.
-Kahil Gibran
Love is patient, love is kind. It is not jealous, is not pompous,
it is not inflated, it is not rude,
it does not seek its own interests,
it is not quick-tempered,
it does not brood over injury,
it does not rejoice over wrongdoing but rejoices with the truth.
It bears all things, believes all things, hopes all things, endures all things.
Love never fails.
- St. Paul, 1 Corinthians

We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly.
-Sam Keen

Love makes your soul crawl out from its hiding place.
-Zora Neale Hurtston

Tis better to have loved and lost than never to have loved at all.

-Alfred Lord Tennyson


I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.

-Maya Angelou


The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched - they must be felt with the heart.

-Helen Keller


Meeting you was fate, becoming your friend was a choice, but falling in love with you I had no control over.

-Unknown

When you feel cold and warm at the same time,
when you read over the same line for the tenth time,
when your heart and thoughts somehow appear to rhyme,
and when a simple name conquers your whole mind,
then you are in deep trouble my friend... you are in what they call, "LOVE".

- Philippos Aristotelous

Sometimes people put up walls, not to keep others out, but to see who cares enough to break them down.

- Bananna

Tuesday, December 9, 2008

dia seorang lagi

pagi ini, hujan turun lagi
hujan turun membasahi
dan dia berseorang lagi
terkurung, terpasung, di rumah sunyi

tiada dia keluar ke halaman
cuma wajah tuanya saja terlihat dalamnya sepi
jauh memandang keluar, tiada senyum lagi

ayah tua itu
duduk di kerusi jati
merenung keluar dan terus menanti
menanti kepulangan yang lama di nanti

tolanglah wahai anak
takkah kau rasa rindu ayah itu?
pulanglah kau si anak
cuba kau sentuh jemarinya
leraikan rindunya yang terlalu banyak

rasakan derita ayah itu
perit pedih menanggung rindu sayangnya
dia menanggung bagai tiada sudah
pulanglah intainya
TAKKAN ITU PUN SUSAH


-hany ahmad-

roda nasib kita

bila roda nasib akan berpusing?
bila bahagia akan aku miliki?
bila penderitaan akan jauh melayang pergi?

aku tak dapat nak tahan lagi
dengki aku dah makin tebal
rasional dan logik tak dapat nak di kawal

apa yang mampu aku lakukan
cuma diam dalam derita
biar seksa di jiwa
tangisan kering, tiada lagi kata

aku hanya menanti
menanti roda nasib berpusing
menanti bahagia, aku menanti


-hany ahmad-







perang otak

cakap belakang orang
kau kutuk semua orang
apa yang kau dapat?
hanya abu dari arang

kita sudah tinggalkan perang
jangan minta penjajah datang
bukan datang cara berdagang
tapi otak mangsa perang

-hany ahmad-

Thursday, December 4, 2008

aku dah nampak

aku dah nampak perbezaanya.
perbezaan yang bawa kebaikan,
dari mana datang sifat untuk berubah itu,
jangan tanya sama aku
aku tak tahu
semuanya kamu yang lakukan sendiri
tapi aku bangga
ini macam lah rakyat Malaysia

aku nampak bezanya sekarang
lagu kita dah semakin naik
bahasa kita dah pandai di guna dan dipulih dengan baik
dari mana berubah
kau kau kau yang lakukan
aku hanya pandang dan senyum gembira

sekarang semuanya dah berada di tahap yang sama
senyum aku boleh hilang
kalau perbezaan ni tidak di ketarakan lagi
teruskan dengan apa yang kamu semua lakukan
sama sama kita angkat negara kita sama tinggi dengan yang lain

kalau mereka ada Elvis Presley,
kita ada Tan Sri P.Ramlee
kalau mereka ada Beyonce,
kita ada Dayang Nurfaizah,
kalau mereka ada Yao Ming,
kita ada Nicole David,
kalau mereka ada Lin Dan,
kita ada Lee Chong Wei
kalau mereka ada Norah Jones,
kita ada Camelia,
kalau mereka ada Abraham Lincoln,
kita ada Tun Dr. Mahathir.

kalau mereka ada brand,
kita ada JENAMA.

-teroka-