Friday, September 30, 2011

mencatat kepuasan

lapar ka, mengantuk ka, aku letak tepi.
sekarang nak mencatatkan kepuasan!
waktu terakhir aku tengok orang berpuisi secara live adalah lebih kurang 8-9 tahun lepas.
dan hari ini! hari ini!

cheq pakat pi tengok Zahiril Adzim berpuisi di perkarangan Universiti Malaysia Terengganu sama sama dengan Muwaqiah dan Nurin Syafinaz.
sebelum pergi, dalam hati kata, ohh. takpa lah. tak dapat tengok pun takpa. lagi pun aku tak bawa buku Bogel Menuju Tuhan ke Terengganu. (bodoh la aku lupa bawak! kalau tak boleh minta autograf)
jujur aku katakan! Persembahan Zahiril memang memuaskan. pedih pedih mata aku sebab tak berkelip.(melampau kan? gila la kalau tak berkelip. lampu kat sana kuat sangat. tu yang pedih tu)
Zahiril beruntung sebab dikurniakan bakat sebegitu rupa. Alhamdulillah.
lepas ni, kalau ada persembahan puisi lagi, insyaAllah aku pergi. menarik.
sekali lagi, EMPAT PUISI YANG ZAHIRIL LONTARKAN TADI MEMANG CUKUP MEMUASKAN. Alhamdulillah rezeki aku dapat tengok dia perform.
Abang Pian pun style!

Thursday, September 29, 2011

belum lagi

Maaf
Tapi keberadaan aku masih belum jelas
Keberadaan aku belum berpijak pada tanah coklat

Sunday, September 25, 2011

24 September, Jam menuju hampir 11 malam

Functions is the operation of individual components as part of the structure

Tulisan tebal di atas aku renung, renung. Kemudian dihidangkan di depan mata, berkelip kelip seperti mata normal. Melihat biji biji huruf itu, tapi otak ku merewang rewang berfikir tentang apa tah. Aku pun dah lupa. Perkara ini berlaku 3 minit yang lepas. Okay. Mesti pergi cari focus. Sekarang juga. 

Saturday, September 24, 2011

timur

sekitar mimpi panjang aku,
penuh. penuh masanya diisi. buat aku terlalu leka dalam mimpi
sampai satu masa, (masih dalam mimpi)
aku berdiri tidak tegak, menunduk sedikit
melihat bumi

aku pegang tanahnya
dan sedar, ehh, bukan tanah ni, halus, ringan, putih
aku tegak, pandang hadapan
sebalik rimbunan hijau, ada perkarangan yang luas terbuka
cantik
cuma ada perkarangan lapang itu, atas sedikit, langit ciptaan Allah
aku tunduk lagi
ohhh. kawasan pantai

aku pejam dan kemudian buka mata, kakak depan mata, aku dalam kereta, pintu separuh terbuka
kakak kata "IT", aku tutup pintu dan kereta bergerak, kereta penuh dgn beg
aku pejam mata, dan kemudian ku buka
aku tepi pantai

MIMPI PANJANG SUDAH HABIS.
baru sedar, aku di timur,
alhamdulillah. itu saja yang aku rasa sekarang, syukur atas peluang yang diberi


kuala terengganu
terima kasih pak uda  sebab bawa kami lihat pasir putih langit biru

Tuesday, September 20, 2011

aku pun berjudi

untuk malam malam berikutnya
waktu bulan mengambil gilirannya
memberi cahaya .  cantik.

aku konon macam biasa
memperjudi sisa berani yang tak seberapa
tentang kewujudan mereka

wujudnya mereka tu dah pasti ada
cuma belum, dan tak mahu mereka terbit depan mata
takut ada, berani pun ada. ish.



19 September 2011
atas cadar biru
Londang Melaka.

Monday, September 19, 2011

untuk dua orang gila

dua orang gila yang kemudian baru akan aku muat turun foto foto mereka ni, memang osem.

menetap untuk 3 tahun setengah di Terengganu perlu banyak bekalan. bekalan terakhir bersama dua orang ini, nak aku catatkan di sini tanda tang kyu so mac aku kat depa.

Nor Hazwani Razali Nurul Hidayah Shafiee

terima kasih semegah megahnya dekat korang untuk HARI INI. terima kasih sebesar besarnya.
aku pernah kata (ITS A GOOD BYE FOR AWHILE), tengok sekarang, syukur, Allah beri aku momen bersama korang setelah sekian lamanya. Alhamdulillah.

aku tak adalah nak pergi jauh nun negara orang. tapi niat nak tulis dah ada, aku teruskan.
wani, dayah, thanks again guys. aku byk terhutang budi dengan korang. jaga diri baik baik. jaga hati kita, jaga semua yang ada pada kita. belajar rajin rajin. wani aku ingat kau kata (ilmu semua pun sama) thanks wani. dayah kau memang baik hati(JAHAT). thanks dayah. aku banyak belajar dari korang.

sekarang, dalam hati, aku angkat tangan, dan minta pada yang Maha Esa ; (ya Allah, kau berkatilah persahabatan kami, Kau berkatilah hidup mereka berdua, berikan kejayaan dan murahkan rezeki mereka. ameen)

sehingga momen yang akan datang. jaga diri dua orang gila. *kalaulah aku boleh buat korang dua jadi teddybear. fuh.

Friday, September 16, 2011

keropok lekor

sekitar waktu aku sedang berbuka puasa. kisah cinta aku, disamakan dengan perasaan makan keropok lekor. menu buka puasa hari ni, keropok lekor dan lain lain. Puasa Enam di Bulan Syawal. Hari pertama.

kisah cinta aku serupa dengan perasaan makan keropok lekor panas di Kolej

sebelum sampai depan keropok lekor
aku dah terbayang bayangkan rupanya yang baru lepas diangkat dari kuali berisi minyak panas
sampai depan keropok lekor
aku menunggu penuh sabar, tiba giliran aku, cik, seringgit ya
kemudian isi sos merah pekat hampir secawan, *selalu kena marah sebab ambil banyak banyak. bukan buat minum pun! ouch!
aku pegang kejap plastik keropok lekor, bawa ke bilik
letak beg, tukar baju, OKAY MULA!
aku makan, panas panas, pedas pedas, syoknya
hinggalah teman sebilik atau sekelas datang depan muka aku
borak borak petang, sambil dia pandang pandang keropok aku
kau gila ke taknak pelawa kawan sendiri? walaupun empat batang tu tak cukup untuk aku, tapi dia dah pandang, pelawa juga
kemudian borak borak petang bersambung

esok, habis kelas aku kesana lagi! mahukan keropok lekor
sampai depan makcik, keropok lekor dah habis
dan aku pun longlai balik bilik
dalam langkah langkah longlai tu, aku lalu sebelah kawan yang aku pelawa
dia pegang keropok lekor!! tinggal satu, itu pun separuh dah ada dalam mulutnya
hampa.

hari ini, aku berbuka keropok lekor, dan hanya aku seorang. tak ada orang lain. yeahhhhh.

begitulah kisah cinta aku. aku berkias, pandai pandai kau kupas sendiri. mana yang masih tak faham, anggaplah aku bercerita pahit manis makan keropok lekor di Kolej sahaja.

p/s: asam rebus, ikan goreng dan keropok lekor really made my day! pencuci mulut ku anggur seedless. tapi biji yang terakhir tu busuk. euh. ku telan juga.

Thursday, September 15, 2011

kau kata kau isi berdasarkan kekosongan.
kau juga kata sains gunaan, sains tulen ada kekosongan.
bertindak jujur lah brader.

Tuesday, September 13, 2011

tunggu apa

merah
berair air mata

sudah berapa kuap aku istighfar kan

menunggu apa depan komputer riba ni pun aku tak pasti
aku tak pasti
tapi masih menunggu


tidurlah. aku mengantuk.

Sunday, September 11, 2011

hari ini minggu kedua, dan esok, ketiga

hari ini minggu ke dua
esok minggu ketiga
hari ini masih samar samar
mulai esok pun masih samar samar
kerana mulai esok
adalah minggu ketiga
ada tujuh hari
tujuh hari yang berkemungkinan

mulai esok
ada tujuh hari
tujuh hari yang berkemungkinan
satu dari tujuh hari itu, menyumbang pada masa depan aku

ada tiga kemungkinan
satu
aku perlu "downgrade" ( ini kemungkinan aku paling tak boleh terima)
dua
aku masih di Semenanjung
tiga
aku akan ke seberang laut
aku doakan yang terbaik untuk diri sendiri. Amin.

separuh hari ini

separuh hari ku hari ini aku habiskan dengan depan laptop, depan surat khabar. depan laptop, depan surat khabar. kalau di laptop, aku belek belek fesbuk, blog walking. kalau surat khabar aku selak selak dan usha tajuk tajuk besar ( surat khabar dua tiga hari lepas, hinggalah yang ke hari ini.) cuma baca tajuk besar. mana yang aku rasa menarik, mungkin aku rela baca sampai habis. atau cuma baca dua tiga perenggan. bila rasa tak mahu, aku tinggalkan. janji aku tahu sikit sikit.


SURAT KHABAR

ada cerita yang dikhabarkan hinggan empat ke enam muka surat. ayat yang sama diulang ulang. penulis yang berbeza. kes yang sama, cuma mereka mencatatkan pendapat atau perasaan kumpulan-kumpulan manusia yang terlibat dalam kes tersebut. kumpulan ini cerita kenangan lama, kumpulan ini kata tak puas hati, kumpulan ini mengadu sedih. *aku tak faham. tapi aku tak kata salah.

SEPARUH HARI INI

separuh hari ini aku rehatkan badan. lagak berehat serupa orang yang kerja 6 hari. aku, sebaliknya.


hampir satu jam. tolak campur waktu aku menulis yang di atas ini. aku masih ragu ragu untuk post yang ini. kerana seperti post yang sebelumnya, TIADA POINT. tapi aku tak kira. akan post juga.

Saturday, September 10, 2011

puncak

7.49 pagi
aku dah siap ni. tunggu myvi, atau vios, atau kelisa tiba depan muka. dan perjalanan untuk hari ini akan bermula. bermula dengan mengambil si degree holder soon-to-be (suntubi) rindu pulak dekat dia. kejap lagi mesti beritahu "petname" barunya. SUNTUBI. muahaha. dem. jam 5 pagi tadi pun aku masih tidur tidur ayam (bermalam di sungai udang. masih belum biasa). dan aku dah boleh bayangkan perjalanan hari ini. aishhhh!

Friday, September 9, 2011

kambek

kebelakangan ini,
tidak termasuk luahan transisi diri,
tulisan tulisan ku kurang teliti, aku ulang, tidak termasuk luahan transisi diri,

bukan salah usia yang menjengah angka dua hadapannya,
mungkin kerana fokus ku lari,
tapi hati masih berbaki mahu menulis rasa hati.

yang ini aku kirakan sebagai COMEBACK. moga ada lagi nanti.
dengan izinNya. insyaAllah.

Thursday, September 8, 2011

transisi


“Wahai pemilik hati, wahai pembolak balik jiwa, teguhkanlah hati dan jiwa kami untuk sentiasa berpegang teguh pada agamaMu dan ketaatan di jalanMu”....


aku masih mencari jalan ke dunia yang lebih abadi. ya Allah. kuatnya dugaanMu. ampunkun semua ingkar ku. mudahkan transisi ku. 

Friday, September 2, 2011

tidak kurang dari kebenaran

aku beritahu kau satu perkara benar


aku sangat merindui waktu dulu
waktu sangat ghairah nak buat tahajjud
waktu tak henti menyatakan hajat
waktu mata terkatup katup membasahkan bibir dengan ayat suci Al Quran

aku sangat merindui waktu itu

keliling aku cukup kuat
cukup kuat aku bilang sama kau
cukup kuat membutakan ibadah
cukup hebat menawarkan nafsu