Wednesday, April 29, 2009

lumpur hitam pekat

ahhhh.
celakalah semua yang aku pikirkan ini
melumpuri otak
kotor busuk
geli mual

bodoh
memuaskan nafsu marah dengan seribu satu bahasa kesat


sakit hati bila soalan tak jumpa jawapan
sakit hati bila situasi gila itu serta merta buat aku hasilkan soalan

Sunday, April 5, 2009

orang tanya

orang tanya
hey, apa cerita?
mana sambungannya

macam drama tergantung
yang lazimnya bikin orang terus terusan bertanya
sampai boleh tercetusnya rasa tak puas hati

tapi tidak untuk aku
bila mereka tanya
mana sambungannya
aku diam

sekarang sedang bergelumang dengan tali kusut


orang terus bertanya lagi
mana sambungannya
aku diam

bukan diam kerana tak ada jawapan
diam sebab aku sendiri tak tahu
mana sambungannya
cerita masih berjalan, tapi terlalu bosan
tiada kejutan
tiada perubahan

mengalah?
tidak lah.

berserah?
mungkin.

mengharap?
jauh sekali.

baca dan ingat

waktu itu
kau tujukan soalan
'what what you gonna say if today is my last day?'


terkedip mata
bergoncang rasa gundah
bertanya pada aku sendiri
kenapa soalan itu yang kau kemukakan

tak semudah menjawab soalan objektif


lalu aku katakan
*dengan jujur

i will miss every momment with you and about you,
in past, now, and future.


ini bukan perkara gurau.
sekurang-kurangnya,
one day, if you leaving,
kau dah tahu apa yang kau patut tahu dari aku

berhenti di sini.
kompleks sungguh untuk dilanjutkan.