Sunday, April 5, 2009

orang tanya

orang tanya
hey, apa cerita?
mana sambungannya

macam drama tergantung
yang lazimnya bikin orang terus terusan bertanya
sampai boleh tercetusnya rasa tak puas hati

tapi tidak untuk aku
bila mereka tanya
mana sambungannya
aku diam

sekarang sedang bergelumang dengan tali kusut


orang terus bertanya lagi
mana sambungannya
aku diam

bukan diam kerana tak ada jawapan
diam sebab aku sendiri tak tahu
mana sambungannya
cerita masih berjalan, tapi terlalu bosan
tiada kejutan
tiada perubahan

mengalah?
tidak lah.

berserah?
mungkin.

mengharap?
jauh sekali.

No comments:

Post a Comment