satu
dua
tiga
dan terus kau kira
kira setiap saat yang hilang
hilang bukan depan mata
hilang bukan dengan rela
jadi perlu untuk aku dukung semua detik itu
perlu aku gendong
pada yang lepas
ada keciciran masa yang aku biar
keciciran besar
jadi hari ini
mari mula !!
mari mula !!
kita berlari dengan masa
seiring dengan langkah laju masa
Monday, December 27, 2010
Wednesday, December 8, 2010
pesan dalam mimpi cantik
cantik mimpi malam itu
hingga buat aku paksa diri untuk terus tidur
hingga buat aku paksa diri untuk terus tidur agar ada sambungan yang lebih indah
dan bunyinya akan lebih hina
bila sanggup subuh gajah kerana mimpi itu
terasa benar sentuhan kamu pada mimpi itu
bahagia!
tapi sakit, sedih,
bila aku fikirkan kita dah sampai garis penamatnya
mimpi aku berakhir dengan pesanan mu
"dont forget to call me"
sure, i will.
hingga buat aku paksa diri untuk terus tidur
hingga buat aku paksa diri untuk terus tidur agar ada sambungan yang lebih indah
dan bunyinya akan lebih hina
bila sanggup subuh gajah kerana mimpi itu
terasa benar sentuhan kamu pada mimpi itu
bahagia!
tapi sakit, sedih,
bila aku fikirkan kita dah sampai garis penamatnya
mimpi aku berakhir dengan pesanan mu
"dont forget to call me"
sure, i will.
Friday, September 17, 2010
dari kau
seketika tadi,
patah patah kata dari kau
larut dalam mimpi petang aku
larut dan mengganggu nyenyak
makanya aku bangkit
mahu Asar.
Berganjak senja.
Londang.
patah patah kata dari kau
larut dalam mimpi petang aku
larut dan mengganggu nyenyak
makanya aku bangkit
mahu Asar.
Berganjak senja.
Londang.
Sunday, August 8, 2010
Sunday, August 1, 2010
Wednesday, May 12, 2010
salah aku
waktu sama-sama
susah payah nak jawab periksa
aku ingat ada satu masa
malam
kita sama-sama janji depan mata
jangan pergi hala yang tak sama
rasanya cuma sementara
kita dah di bulan lima
janji malam itu, sekejapan hilang
cerita dan kisah kita melayang
kau pilih untuk tidak sama-sama
hari ini
depan kau aku mengaku
dan jika kau pun mahu
aku kata
semua pun salah aku
r i n d u
susah payah nak jawab periksa
aku ingat ada satu masa
malam
kita sama-sama janji depan mata
jangan pergi hala yang tak sama
rasanya cuma sementara
kita dah di bulan lima
janji malam itu, sekejapan hilang
cerita dan kisah kita melayang
kau pilih untuk tidak sama-sama
hari ini
depan kau aku mengaku
dan jika kau pun mahu
aku kata
semua pun salah aku
r i n d u
Thursday, April 15, 2010
takutnya
bila hari hari pun berlalu pada arus dunia
terasa sudah bertingkat lapisan usia
ahhhhhhh
nak aku nyatakan
aku makin peka pada kematian
sakitnya
lepasan hari yang terdekat tadi
mati itu laju putarnya dalam hati
bakal aku hilang siapa?
atau siapa bakal hilang aku?
takutnya
bila ku pintakan peluang
tapi basi aku sia sia kan
sayang,
bahasa aku ini terlalu dalam
jika senang kau faham
takut kau risau tentang apa yang aku risau
terasa sudah bertingkat lapisan usia
ahhhhhhh
nak aku nyatakan
aku makin peka pada kematian
sakitnya
lepasan hari yang terdekat tadi
mati itu laju putarnya dalam hati
bakal aku hilang siapa?
atau siapa bakal hilang aku?
takutnya
bila ku pintakan peluang
tapi basi aku sia sia kan
sayang,
bahasa aku ini terlalu dalam
jika senang kau faham
takut kau risau tentang apa yang aku risau
Friday, April 9, 2010
sunanratnaberagas
kalau Sunan mahu benar ke barat jauh
Ratna duduk di sempadan ini
Beragas akan datang bunuh.
Tuesday, April 6, 2010
Friday, March 19, 2010
dua malam
kalau sampainya logik akal
dan
kalau diizinkan
aku rela menanggung sakitnya dia.
raut wajah dan air mata
sudah aku terasakan
yang aku mohon,
kurangkan derita
biarkan dia gembira
tapi jangan kau ambil dia
aku tak sedia
dan dengan dua malam yang kau beri itu
aku syukur masih ada dia satu satunya
Thursday, January 28, 2010
casanova inoperante
maka seraya senja itu hilang dari jiwa
waktu itu juga gugur terus jantung ku
dan kerana kau si arjuna jauh dari mata dan jauh dari jasad
mengapa tak kau benarkan aku miliki semua
terlalu agung dikau pada mata hati ku
hinggakan ku telan segala najis sifatmu
aku pencacai gila masih mengemis kasih mu
masih memasang angan pada suatu masa itu
kau bakal mengizinkan aku miliki semua
waktu itu juga gugur terus jantung ku
dan kerana kau si arjuna jauh dari mata dan jauh dari jasad
mengapa tak kau benarkan aku miliki semua
terlalu agung dikau pada mata hati ku
hinggakan ku telan segala najis sifatmu
aku pencacai gila masih mengemis kasih mu
masih memasang angan pada suatu masa itu
kau bakal mengizinkan aku miliki semua
Wednesday, January 6, 2010
saya angkat bendera putih
maaf bila aku terpaksa katakan
aku harus terus pergi sendirian
maaf kerana aku tidak petah untuk puas kan hati siapapun
dan kononnya ada yang lebih tahu tentang aku berbanding diri aku sendiri
dengan kononnya lagi berkata,
aku tak pandai menjaga hati
aku ini sudah begitu dan begini
dan aku ini (ahh. apa lagi yang kau nak ni?)
tapi benar, aku pun rasa yang sama
cuma bezanya, aku tahu kenapa aku berwatakkan semua itu
dan kau pula cuma membina cerita dosa
maaf lagi ya
untuk ketika ini
pada aku, adalah lebih bagusnya jika aku berkedudukan atau berposisikan takhta TUNGGAL.
tanpa teman tanpa kawan
dan tanpa siapa siapa pun di kiri kanan
Tuesday, January 5, 2010
waktu inilah yang aku rasa
bila semua ruang ruang warna makin pudar
bila kelapangan yang melampau menyejat titis titis warna
maka jahanam lah hari hari ku.
berjalanlah aku di atas tikar kosong tanpa arah
melewati segala sudut dimensi
parah punah semua sudah
dan di waktu aku sampai pada keterbatasannya
aku bikin spekulasi gila
rasanya terlalu perlu untuk kau ada sama sama denganku
Subscribe to:
Posts (Atom)