Thursday, January 26, 2012

kelupaan pada semua

se-kejap aku tenggelam dalam kelupaan pada semua
hilang tapi bukan berehat
diam bukan was was
menguli dalam beberapa cerita cerita dulu dan kini
meletakkan situasi aku yang se-kejap tadi dalam status tenggelam dalam kelupaan pada semua


tidur. esok tak boleh macam ni lagi
langkah masih ke depan. tidak berhenti dan tidak ke belakang

Tuesday, January 17, 2012

cuaca

Perasaan kasih
Pada satu ketika dahulu
Hari ini dah cukup terik rasanya

Sama terik dengan sekitar pekan ini
Satu tumbuhan pun tiada
Cuma konkrit
berhunikan manusia pelbagai rupa

Cukup terik untuk menyejat saki baki sayang yang ada
Maka berkemaraulah sebatang tubuh ini
Menyimpan rapi kesemuanya
Untuk satu masa yang lebih mahal momennya