Friday, August 11, 2017

SET HAMIL SHAKLEE

Assalammualaikum! 

Harini Hany nak kongsi sikit berkenaan dengan pregnancy. 

Okay so kita semua selalu dengar orang kata, "awak mengandung.  Kena makan lebih" so basically apa yang korang faham pasal tu? 

Adakah i kena makan nasik dua tiga pinggan?

Larat ke kita nak telan sampai 3 pinggan nasi?  Haha.  Tak boleh nak bayang. 

So sebebarnyakan.  Maksud di sebalik "KENA MAKAN BANYAK" tu adalahhh, 

You kena banyak ambil makanan yang berkhasiat.  Sebab apa?  you ada baby dalam perut.  And baby tu SEDANG MEMBESAR.  dia tengah nak bentuk saraf tunjang,  mata,  jantung,  muka. Benda benda penting tau tu.  So adakah kita nak biarkan baby kita tak cukup zat sepanjang proses tu? 

" Trouble is, many women in their childbearing years, dont get the nutrients they need, including folic acid and irons. In addition, the requirements for several vitamins and minerals increase during pregnancy".
-Hillary Wright, MEd, Licensed Dietitian.

Bahasa mudahnya,
Wanita mengandung memerlukan vitamin dan mineral LEBIH BANYAK daripada biasa. Tapi masalahnya, ramai yang kurang nutrisi".

Kenapa banyak perlukan vitamin & mineral?
Sebab melalui ibu mengandunglah, bayi akan serap sumber nutrisi untuk perkembangan dan tumbesaran mereka.
Betul tak?

Perasan tak cara memasak menu masakan melayu berbanding dengan orang putih? Masakan orang kita biasanya OVERCOOKED tau. Makanan yang dimasak terlalu lama, boleh mengakibatkan sumber nutrisi dalam ikan/ayam, apatah lagi sayur-sayuran boleh HILANG!! MATI! Zat mineral dan vitamin semua dah mati akibat terdedah pada suhu panas yang terlalu lama.

Jadi melalui cara memasak ni, boleh ke makanan yg kita makan supply gizi yang betul-betul optimum dengan keperluan harian kita? Untuk baby dalam perut kita? 

Dan sebab tu lah supplemen sangat diperlukan oleh ibu mengandung untuk TOPUP KEKURANGAN NUTRISI dalam diet seharian kita.

Bila kita mengandung,  sistem imun kita tersekat disebabkan oleh peningkatan hormone progesterone. Itu akan menjadi punca kepada ibu mengandung SENANG DAPAT JANGKITAN DAN JATUH SAKIT dannn ianya TAK BAGUS untuk bayi kita. 

Pelbagai  kesan dan akibat jika kekurangan nutrisi pada ibu mengandung dan Bayi.

KESAN PADA IBU MENGANDUNG
• Tidak bertenaga
•Mudah penat
•Lemah badan & lesu
•Sakit kepala
•Jantung berdebar-debar

Simptom ini TAK DITAMBAH lagi dengan simptom alahan ibu mengandung tau!

Akibatnya:
🚫Hidup tak produktif
🚫Tumbesaran bayi terencat
🚫Perkembangan bayi bermasalah

KESAN PADA BAYI
•Bayi kurang berat badan daripada usia kandungan
•Bayi lahir pramatang
•Kecacatan pada bayi

Sedih tak kalau semua sebab diatas akibat daripada kecuaian ibu kerana tak cakna dan tak jaga kesihatan diri ketika pregnant?

Jadi adalah menjadi TANGGGUNGJAWAB seorang ibu dan bapa, untuk memberikan yang terbaik buat bayi dalam kandungan dengan cara mengoptimumkan kesihatan ibu itu sendiri.

Oleh sebab itu,  ibu ibu mengandung sebolehnya digalakkan untuk ambil supplemen tambahan untuk bekalkan zat nutrisi yg cukup untuk diri sendiri dan juga bayi dalam kandungan. 

Dalam Shaklee, kita ada SET HAMIL yang boleh ibu-ibu mengandung amalkan sepanjang kehamilan dengan selamat bermula dari awal lagi. 

Dalam SET HAMIL SHAKLEE,  kandungan setiap vitamin dan mineral mematuhi keperluan harian, tidak terlalu rendah, tidak terlalu tinggi. Ia bersesuaian dengan fitrah kita yang makan sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Untuk dapatkan set hamil shaklee dan konsultasi percuma,  boleh klik link whatsapp di bawah ni yea. 

www.wasap.my/60143304514

Wednesday, July 22, 2015

moga baik-baik aja
si pemilik senyum paling manis

.

Monday, July 6, 2015

teruntuk mu "hatiku"
inginku bersuara
merangkai semua tanya
imaji yang terindah

Saturday, November 29, 2014

sepertiga malam

waktu malam kadang mampu jadi paling melenakan
kadang mampu jadi paling menyenangkan buat penghuni bumi

namun bagi segelintirnya,
Tuhan campakkan rasa tidak enak menjadikan si hamba terus berjaga mengenang dosa-dosa yang tak terkira

lalu bangkitlah mereka dari pembaringan yang empuk, merapati kemas raut wajah ke hamparan sejadah, menagih ampun pada Pengampun Dosa

sepertiga malam itu, si hamba lena didalam keampunan Rabbnya.

at Tahrim : 8

Thursday, September 11, 2014

tak kenal rupa

ujian tak kenal rupa, tak kenal mangsa


yang punya istana dirompak
yang punya teres juga dirompak
kedua-duanya kemudian berduka


yang bertudung diperkosa
yang berbaju ketat pun diperkosa
kedua-duanya kemudian berduka


usahawan yang solat tak pernah lupa boleh bankrap
usahawan yang tinggal solat juga bisa bankrap
kedua-duanya kemudian berduka

kerana ujian tak kenal rupa


Tuhan itu timpakan ujian, kerna kasih pada hambaNya
Tuhan mengasihi kalian, baik yang bertudung, baik yang tidak
Baik yang solat baik yang tidak
Baik yang penyayang, baik yang kaki terajang
Dia biar kau jatuh, untuk nanti kau bangkit semula, dengan penuh percaya pada Dia

Ujian punya jeda untuk kau imbas tentang kebesaranNya
Bersyukurlah saat diuji
Itu peluang untuk pulang pada Ilahi




Monday, August 25, 2014

hati

sekian wajah ini merindukan tangis yang membasahi
meminta-minta pada Ilahi
mencari-cari makanan rohani
bagi menyuci sekeping hati




Friday, August 15, 2014

hukum

diri ini sedang kehancuran dimamah dosa yang tak terbilang

bagaimana perlu, aku menghukum diri?