Thursday, September 11, 2014

tak kenal rupa

ujian tak kenal rupa, tak kenal mangsa


yang punya istana dirompak
yang punya teres juga dirompak
kedua-duanya kemudian berduka


yang bertudung diperkosa
yang berbaju ketat pun diperkosa
kedua-duanya kemudian berduka


usahawan yang solat tak pernah lupa boleh bankrap
usahawan yang tinggal solat juga bisa bankrap
kedua-duanya kemudian berduka

kerana ujian tak kenal rupa


Tuhan itu timpakan ujian, kerna kasih pada hambaNya
Tuhan mengasihi kalian, baik yang bertudung, baik yang tidak
Baik yang solat baik yang tidak
Baik yang penyayang, baik yang kaki terajang
Dia biar kau jatuh, untuk nanti kau bangkit semula, dengan penuh percaya pada Dia

Ujian punya jeda untuk kau imbas tentang kebesaranNya
Bersyukurlah saat diuji
Itu peluang untuk pulang pada Ilahi




No comments:

Post a Comment