Tuesday, November 29, 2011

0003 a.m. 29 november 2011

percayalah bahawa keberhasilan minta kau itu sudah terlihat dari setiap ciri ciri berhaluan kanan yang memintas pikiran mu.
tidak hadir pada mimpi.

Saturday, November 26, 2011

1433

Serasanya seperti orang kurang bijak bila secara sengaja, aku biarkan diri berendam dalam kekeliruan yang sepatutnya tak berlaku kerana aku sudah tahu setiap kebenarannya.
Mempersoal diri sedangkan sudah tahu kesahihannya
Memakir tepi maruah
dan terus berjalan dengan kesalahan yang dah terang terang aku tahu salahnya
Memakir tepi maruah
kerana cuba memberi peluang kepada perkara yang sudah aku tahu tidak betulnya

Maka pada tahun baru ini,
Aku mohon kasihnya Allah, agar diri ini diberi lebih banyak kekuatan dan kesedaran
Ameen Ya Rabb.


SALAM MAAL HIJRAH.

Saturday, November 12, 2011

nah. bercinta lah sangat engkorang.

tulisan kali ini cukup minima. cukup ringan. orang mamai pun boleh faham. 

usha si C tak dapat, goda si D tak lekat, ayat si E habuk pun tada! cuba cari style baru. ni duk guna style lama. mana nak dapat. read below. insyaAllah kau senyum kemudian hari. macam ni   =D

Setiap hari, WAJIB JUMPA LEBIH DARI EMPATKALI.
Dah lebih empat kali, kalau ada masa terluang tu, try la jumpa dia lagi.
Tapi tu pun belum cukup.
Mana cukup wehhh. CINTA maaaa.
Lepak dengan member member pun, mesti cerita fasal dia, biar semua orang tahu, hehe
Tapi tu pun belum cukup
Kata nak CINTA, mesti la berhabis habisan duit, masa dan tenaga!! Kan berbaloi semua tu!
Kau nak CINTA dia ke tak?
Kalau nak, jangan kasi lepas, jangan give up awal, dia  tahu, dia dengar kau cerita fasal dia kat member member kau.
Dapat gaji, dapat rezeki lebih, kau jangan habiskan dekat bowling dengan member member, atau habiskan dekat bilik karaoke. MESTI DIA DULU!!!!

Jangan nak merungut, berbaloi apa dapat CINTA dia. Ingat senang senang je kau boleh dapat? Jangan harap laaa.

Kerana CINTA dariNya itu adalah cinta yang abadi. Kerana cintaNya itu tiada putus putus.

Kerana CINTA dariNya itu buat kau senyum, buat kau tenang, buat kau menangis mengenang dosa(ada pernah kau menangis mengenang dosa dengan “cinta sesama manusia” kau tu?)

Kerana CINTA Allah itu wujud sejak azali. Tiada permulaan dan tiada pengakhiran.
Semoga kami menjadi antara hamba-hamba yang tak jemu mengejar cintaMu Ya Rabb.



p/s: Buat fikir fikiran kalian dan terutama sekali aku. 

Saturday, October 29, 2011

kondensasi

kondensasi

permulaan fikiran aku tentang "mahu sidai baju di ampaian luar atau tidak"
dengan mengikut turutan,
angin sejuk pagi pun mula beraksi, sangat nyaman, sangat suka
turutan berikutnya
aku lihat luar, kemudian berkata " cukup gelap untuk sebuah pagi "
seminit kemudian,
rahmat Allah mula mencurah curah

proses kondensasi yang kerap di sini

cukup sopan kehadirannya
datang tanpa guruh guruh kasar

Wednesday, October 26, 2011

bahan baca

perihal aku
yang menjadi kekangan untuk aku dapatkan bahan baca adalah,
genre AKSI, SERAM memang cukup tak gemar!!

waktu waktu petang yang aku pilih untuk tidak berada depan laptop mesti kena isi dengan bahan baca yang tidak berat!
bukan cerita cerita yang bersulam kait dengan syarikat, politik, pembunuhan, seram. TAKNAK. (sebab tu lah sampai sekarang, buku Abg RAM judul ADAM tu aku tak pernah habis baca.) dan bukan juga cerita cinta yang ke arah metafor.


semoga esok jumpa bahan baca bekalan nak balik Timur. insyaAllah.

Tuesday, October 25, 2011

Thank You Allah

Dan aku meletakkan setinggi-tinggi kesyukuran atas nikmatMu

Sekiranya ada bau bau kemungkinan bahwa nikmat ini cuma sementara
Aku tetap bahagia
Kerana ada peluang yang Kau beri untuk ku
Merasai kemanisan nikmatMu Ya Allah

Sekiranya ada bau bau kemungkinan bahwa nikmat ini cuma sementara,
Aku merayu padaMu Ya Allah
Berilah peluang untuk aku merasai nikmat paling berharga ini
Nikmat ini terlalu istimewa buatku
Nikmat inilah pembuka mata padaku
Nikmat ini membawa kepada setiap keputusan keputusan ku

Aku ini masih banyak kurangnya
Terlalu banyak
SubahanAllah, ampunkan setiap dosa dosa ku Ya Rabb. 

Wednesday, October 19, 2011

Terlupa Niat

tadi di Surau Al-Irfan, 
lepas Solat Zohor,
Aku duduk, biarkan orang lain bergerak ke belakang,
mereka ada kelas. aku punya dah batal

aku duduk, dan berfikir, dan berdoa,
Ya Allah, semoga amal ibadah ku semua berada di niat yang tepat, dan semoga Kau menerimanya Ya Allah.

p/s: most of my ibadah, i might forget my intention. why i perform my Solat, why i recite the Quran, and why do we have to obey Allah. semoga Allah s.w.t. sentiasa menerima ibadah ku. insyaAllah. 

Saturday, October 8, 2011

ABC, Air Kelapa, dan Handsocks.

hari ni aku dapat luang masa dengan kawan baru. HANAN UMAIRAH. nama seindah rupa tau! :)
masa mula mula sampai UMT, masa orientasi, once aku nampak Hanan, memang dah aim! nak berkawan dengan dia. buat teman kongsi cerita. buat teman mengadu, buat teman perkuat iman. insyaAllah.
plus, rupanya Hanan pun perasan aku juga masa orientasi. dan cara kami perasan tentang kewujudan masing masing adalah . . . . Handsocks! hahaha.

pukul 5 tadi, Alhamdulillah.
rancangan nak dating dekat Pantai Tok Jembal belakang uni tercapai.
seronoknya, pada Allah s.w.t. sahaja aku panjatkan kesyukuran.

banyak yang aku kongsi dengan Hanan harini.
macam biasalah, aku ni tak pernah habis dengan masalah nak berubah, pada Hanan lah aku minta jadi pendengar.
Alhamdulillah. pilihan untuk membuka segala ragu risau aku pada Hanan memang terbaik.
setiap satu keraguan dan kerisauan aku, Hanan bagi hujah yang cucuk cucuk my little heart gitu.
sangat membantu. :)

dengar sini!

pengisytiharan tentang perubahan ni ada baik ada buruknya

yang baik,
sentiasa dapat sokongan dari orang sekeliling(kadang kadang terharu sampai berairmata)
dapat kongsi pengalaman dengan orang lain
aku rasa lebih jujur dari sebelumnya
nak orang lain rasa kagum*PAUSE IT RIGHT THERE* (kagum bukan dengan perubahan aku, tapi kagum dengan kehebatanNya dalam memberi nikmat dan hidayah pada setiap hambaNya)

yang buruk
BILA MUNGKIN SUATU HARI NANTI, ALLAH TARIK KEINGINAN AKU UNTUK BERUBAH. MASA TU SEMUA ORANG AKAN ISSUE, "DULU BUKAN MAIN LAGI PUNG PANG PUNG PANG CAKAP TENTANG PERUBAHAN"
subahanAllah, aku minta jauh dari benda tu.


p/s: pada Hanan Umairah, terima kasih jadi pendengar Hany. terima kasih banyak bagi nasihat. it was fun Hanan. depan ciptaan Allah yang memang tak ada cacat celanya itu, kita bercakap tentang cara meraih cintaNya. semoga ada lagi waktu waktu berharga ini untuk kita kongsikan. terima kasih untuk air kelapa! :)

besarnya nikmat Allah s.w.t

Selalu macam ni
Tak tahu mana nak mula
Tapi hati nak bersuara
Dah penat bercakap dalam sunyi agaknya

Besar sungguh nikmat Allah pada aku
Memberi peluang demi peluang pada hambaNya
Satu peluang Dia beri, aku siakan
Dia beri satu lagi, aku bazir bazirkan
Dia beri satu lagi, aku memang tak serik serik
Meminta dan kemudian aku letak tepi, pandang dari jauh

Besar sungguh nikmat Allah beri pada aku
Perubahan aku mungkin berperingkat
Mulanya takut juga aku nak tuliskan disini
Takut ada yang sangka aku berbangga dengan perubahan
Tapi hari ni niat aku jelas
Crystal clear kata kau!
Perubahan aku yang berperingkat ini cukup sedap nikmatnya
Terasa sentiasa diberkati Allah pada setiap perubahan itu

Jujur aku katakan. Perubahan aku mungkin tidak sebesar mana
Perubahan kecil kecil kuman saja
Tapi melihatkan peluang yang diberi dan diberi dan diberi ini
MashaAllah. Aku sendiri tersentuh (kau mungkin tak faham)
(dan kau juga boleh kata, eleh, takdalah besar mana pun perubahan budak ni)
Sekali lagi aku katakan. Perubahan berperingkat ini cukup membantu aku
Hati rasa makin lapang, makin takut dengan kebesaranNya
Allah tu Maha Kuasa

Satu perkara yang aku cukup kecut sekarang
Bagaimana kalau satu hari, Allah tarik segala nikmat dan peluang untuk ke jalan yang dirahmatiNya ini? MACAM MANA? APA KAU NAK BUAT, KALAU DAH NIKMAT TU DITARIK, TAK MUNGKIN KAU BOLEH BERUBAH DENGAN TEGURAN MANUSIA SAHAJA. TAK MUNGKIN WEH! SERIOUS AKU CAKAP.

Kecutnya aku.
Ya Allah, hambaMu ini memohon dengan seluas tangan mengangkat doa padaMu
Janganlah Kau tarik peluang untuk perubahan ku ini,
Janganlah Kau tarik nikmat kelapangan dada yang Kau beri ini
Masih banyak kekurangan ku. Masih cetek.

Ya Allah, aku bersyukur Ya Allah. Seteruk-teruk hambaMu ini, kau masih memberi jalan cerah. Alhamdulillah.

Ya Allah, jauhkan aku dari perkara yang boleh membangkitkan murkaMu Ya Allah.
Ampunkanlah segala dosa lepasku Ya Allah. Ameen Ya Rabb.

Friday, October 7, 2011

minta jauh minta jauh!

Mimpi ngeri
Aduh
Di suruh kahwin sama kawan sendiri
Kawan lama
Aduh
Mimpi ngeri
Tidur lah lagi
Rasakan kau!


Tapi ceritanya lebih kurang sama dengan di luar mimpi ini
Sama maksud aku, bukan aku betul betul di suruh kahwin sama kawan sendiri
(melampau lah tu)
Maksud aku, dua tiga hari sebelum aku duduk menuntu di Timur ni,
Aku cukup sedih, tak dapat buat bidang yang aku mau
Bunda, Abah dah bising, suruh juga aku ambil bidang lelong yang diberi
Laju mulut aku kata, “Bunda tahu tak, rasanya sama macam bercinta dengan orang lain, kemudian kahwinnya pula dengan orang lain” (ewwwwh kan aku kata macamtu? Lantaklah)

Malam tadi pula, aku bukakan mata sampai tiga pagi, buat soalan kemistri(rakan sebilik punya soalan, tapi dulu aku pernah belajar)

Dah dah. Cukup cerita ngeri.
Cepat cepat aku bangun, selesaikan Zuhr. Alhamdulillah.

HAHA.lucu pun ada.
p/s: pada kawan lama, sorry lah nasib kau pula yang jadi mangsa dalam mimpi. :)

Friday, September 30, 2011

mencatat kepuasan

lapar ka, mengantuk ka, aku letak tepi.
sekarang nak mencatatkan kepuasan!
waktu terakhir aku tengok orang berpuisi secara live adalah lebih kurang 8-9 tahun lepas.
dan hari ini! hari ini!

cheq pakat pi tengok Zahiril Adzim berpuisi di perkarangan Universiti Malaysia Terengganu sama sama dengan Muwaqiah dan Nurin Syafinaz.
sebelum pergi, dalam hati kata, ohh. takpa lah. tak dapat tengok pun takpa. lagi pun aku tak bawa buku Bogel Menuju Tuhan ke Terengganu. (bodoh la aku lupa bawak! kalau tak boleh minta autograf)
jujur aku katakan! Persembahan Zahiril memang memuaskan. pedih pedih mata aku sebab tak berkelip.(melampau kan? gila la kalau tak berkelip. lampu kat sana kuat sangat. tu yang pedih tu)
Zahiril beruntung sebab dikurniakan bakat sebegitu rupa. Alhamdulillah.
lepas ni, kalau ada persembahan puisi lagi, insyaAllah aku pergi. menarik.
sekali lagi, EMPAT PUISI YANG ZAHIRIL LONTARKAN TADI MEMANG CUKUP MEMUASKAN. Alhamdulillah rezeki aku dapat tengok dia perform.
Abang Pian pun style!

Thursday, September 29, 2011

belum lagi

Maaf
Tapi keberadaan aku masih belum jelas
Keberadaan aku belum berpijak pada tanah coklat

Sunday, September 25, 2011

24 September, Jam menuju hampir 11 malam

Functions is the operation of individual components as part of the structure

Tulisan tebal di atas aku renung, renung. Kemudian dihidangkan di depan mata, berkelip kelip seperti mata normal. Melihat biji biji huruf itu, tapi otak ku merewang rewang berfikir tentang apa tah. Aku pun dah lupa. Perkara ini berlaku 3 minit yang lepas. Okay. Mesti pergi cari focus. Sekarang juga. 

Saturday, September 24, 2011

timur

sekitar mimpi panjang aku,
penuh. penuh masanya diisi. buat aku terlalu leka dalam mimpi
sampai satu masa, (masih dalam mimpi)
aku berdiri tidak tegak, menunduk sedikit
melihat bumi

aku pegang tanahnya
dan sedar, ehh, bukan tanah ni, halus, ringan, putih
aku tegak, pandang hadapan
sebalik rimbunan hijau, ada perkarangan yang luas terbuka
cantik
cuma ada perkarangan lapang itu, atas sedikit, langit ciptaan Allah
aku tunduk lagi
ohhh. kawasan pantai

aku pejam dan kemudian buka mata, kakak depan mata, aku dalam kereta, pintu separuh terbuka
kakak kata "IT", aku tutup pintu dan kereta bergerak, kereta penuh dgn beg
aku pejam mata, dan kemudian ku buka
aku tepi pantai

MIMPI PANJANG SUDAH HABIS.
baru sedar, aku di timur,
alhamdulillah. itu saja yang aku rasa sekarang, syukur atas peluang yang diberi


kuala terengganu
terima kasih pak uda  sebab bawa kami lihat pasir putih langit biru

Tuesday, September 20, 2011

aku pun berjudi

untuk malam malam berikutnya
waktu bulan mengambil gilirannya
memberi cahaya .  cantik.

aku konon macam biasa
memperjudi sisa berani yang tak seberapa
tentang kewujudan mereka

wujudnya mereka tu dah pasti ada
cuma belum, dan tak mahu mereka terbit depan mata
takut ada, berani pun ada. ish.



19 September 2011
atas cadar biru
Londang Melaka.

Monday, September 19, 2011

untuk dua orang gila

dua orang gila yang kemudian baru akan aku muat turun foto foto mereka ni, memang osem.

menetap untuk 3 tahun setengah di Terengganu perlu banyak bekalan. bekalan terakhir bersama dua orang ini, nak aku catatkan di sini tanda tang kyu so mac aku kat depa.

Nor Hazwani Razali Nurul Hidayah Shafiee

terima kasih semegah megahnya dekat korang untuk HARI INI. terima kasih sebesar besarnya.
aku pernah kata (ITS A GOOD BYE FOR AWHILE), tengok sekarang, syukur, Allah beri aku momen bersama korang setelah sekian lamanya. Alhamdulillah.

aku tak adalah nak pergi jauh nun negara orang. tapi niat nak tulis dah ada, aku teruskan.
wani, dayah, thanks again guys. aku byk terhutang budi dengan korang. jaga diri baik baik. jaga hati kita, jaga semua yang ada pada kita. belajar rajin rajin. wani aku ingat kau kata (ilmu semua pun sama) thanks wani. dayah kau memang baik hati(JAHAT). thanks dayah. aku banyak belajar dari korang.

sekarang, dalam hati, aku angkat tangan, dan minta pada yang Maha Esa ; (ya Allah, kau berkatilah persahabatan kami, Kau berkatilah hidup mereka berdua, berikan kejayaan dan murahkan rezeki mereka. ameen)

sehingga momen yang akan datang. jaga diri dua orang gila. *kalaulah aku boleh buat korang dua jadi teddybear. fuh.

Friday, September 16, 2011

keropok lekor

sekitar waktu aku sedang berbuka puasa. kisah cinta aku, disamakan dengan perasaan makan keropok lekor. menu buka puasa hari ni, keropok lekor dan lain lain. Puasa Enam di Bulan Syawal. Hari pertama.

kisah cinta aku serupa dengan perasaan makan keropok lekor panas di Kolej

sebelum sampai depan keropok lekor
aku dah terbayang bayangkan rupanya yang baru lepas diangkat dari kuali berisi minyak panas
sampai depan keropok lekor
aku menunggu penuh sabar, tiba giliran aku, cik, seringgit ya
kemudian isi sos merah pekat hampir secawan, *selalu kena marah sebab ambil banyak banyak. bukan buat minum pun! ouch!
aku pegang kejap plastik keropok lekor, bawa ke bilik
letak beg, tukar baju, OKAY MULA!
aku makan, panas panas, pedas pedas, syoknya
hinggalah teman sebilik atau sekelas datang depan muka aku
borak borak petang, sambil dia pandang pandang keropok aku
kau gila ke taknak pelawa kawan sendiri? walaupun empat batang tu tak cukup untuk aku, tapi dia dah pandang, pelawa juga
kemudian borak borak petang bersambung

esok, habis kelas aku kesana lagi! mahukan keropok lekor
sampai depan makcik, keropok lekor dah habis
dan aku pun longlai balik bilik
dalam langkah langkah longlai tu, aku lalu sebelah kawan yang aku pelawa
dia pegang keropok lekor!! tinggal satu, itu pun separuh dah ada dalam mulutnya
hampa.

hari ini, aku berbuka keropok lekor, dan hanya aku seorang. tak ada orang lain. yeahhhhh.

begitulah kisah cinta aku. aku berkias, pandai pandai kau kupas sendiri. mana yang masih tak faham, anggaplah aku bercerita pahit manis makan keropok lekor di Kolej sahaja.

p/s: asam rebus, ikan goreng dan keropok lekor really made my day! pencuci mulut ku anggur seedless. tapi biji yang terakhir tu busuk. euh. ku telan juga.

Thursday, September 15, 2011

kau kata kau isi berdasarkan kekosongan.
kau juga kata sains gunaan, sains tulen ada kekosongan.
bertindak jujur lah brader.

Tuesday, September 13, 2011

tunggu apa

merah
berair air mata

sudah berapa kuap aku istighfar kan

menunggu apa depan komputer riba ni pun aku tak pasti
aku tak pasti
tapi masih menunggu


tidurlah. aku mengantuk.

Sunday, September 11, 2011

hari ini minggu kedua, dan esok, ketiga

hari ini minggu ke dua
esok minggu ketiga
hari ini masih samar samar
mulai esok pun masih samar samar
kerana mulai esok
adalah minggu ketiga
ada tujuh hari
tujuh hari yang berkemungkinan

mulai esok
ada tujuh hari
tujuh hari yang berkemungkinan
satu dari tujuh hari itu, menyumbang pada masa depan aku

ada tiga kemungkinan
satu
aku perlu "downgrade" ( ini kemungkinan aku paling tak boleh terima)
dua
aku masih di Semenanjung
tiga
aku akan ke seberang laut
aku doakan yang terbaik untuk diri sendiri. Amin.

separuh hari ini

separuh hari ku hari ini aku habiskan dengan depan laptop, depan surat khabar. depan laptop, depan surat khabar. kalau di laptop, aku belek belek fesbuk, blog walking. kalau surat khabar aku selak selak dan usha tajuk tajuk besar ( surat khabar dua tiga hari lepas, hinggalah yang ke hari ini.) cuma baca tajuk besar. mana yang aku rasa menarik, mungkin aku rela baca sampai habis. atau cuma baca dua tiga perenggan. bila rasa tak mahu, aku tinggalkan. janji aku tahu sikit sikit.


SURAT KHABAR

ada cerita yang dikhabarkan hinggan empat ke enam muka surat. ayat yang sama diulang ulang. penulis yang berbeza. kes yang sama, cuma mereka mencatatkan pendapat atau perasaan kumpulan-kumpulan manusia yang terlibat dalam kes tersebut. kumpulan ini cerita kenangan lama, kumpulan ini kata tak puas hati, kumpulan ini mengadu sedih. *aku tak faham. tapi aku tak kata salah.

SEPARUH HARI INI

separuh hari ini aku rehatkan badan. lagak berehat serupa orang yang kerja 6 hari. aku, sebaliknya.


hampir satu jam. tolak campur waktu aku menulis yang di atas ini. aku masih ragu ragu untuk post yang ini. kerana seperti post yang sebelumnya, TIADA POINT. tapi aku tak kira. akan post juga.

Saturday, September 10, 2011

puncak

7.49 pagi
aku dah siap ni. tunggu myvi, atau vios, atau kelisa tiba depan muka. dan perjalanan untuk hari ini akan bermula. bermula dengan mengambil si degree holder soon-to-be (suntubi) rindu pulak dekat dia. kejap lagi mesti beritahu "petname" barunya. SUNTUBI. muahaha. dem. jam 5 pagi tadi pun aku masih tidur tidur ayam (bermalam di sungai udang. masih belum biasa). dan aku dah boleh bayangkan perjalanan hari ini. aishhhh!

Friday, September 9, 2011

kambek

kebelakangan ini,
tidak termasuk luahan transisi diri,
tulisan tulisan ku kurang teliti, aku ulang, tidak termasuk luahan transisi diri,

bukan salah usia yang menjengah angka dua hadapannya,
mungkin kerana fokus ku lari,
tapi hati masih berbaki mahu menulis rasa hati.

yang ini aku kirakan sebagai COMEBACK. moga ada lagi nanti.
dengan izinNya. insyaAllah.

Thursday, September 8, 2011

transisi


“Wahai pemilik hati, wahai pembolak balik jiwa, teguhkanlah hati dan jiwa kami untuk sentiasa berpegang teguh pada agamaMu dan ketaatan di jalanMu”....


aku masih mencari jalan ke dunia yang lebih abadi. ya Allah. kuatnya dugaanMu. ampunkun semua ingkar ku. mudahkan transisi ku. 

Friday, September 2, 2011

tidak kurang dari kebenaran

aku beritahu kau satu perkara benar


aku sangat merindui waktu dulu
waktu sangat ghairah nak buat tahajjud
waktu tak henti menyatakan hajat
waktu mata terkatup katup membasahkan bibir dengan ayat suci Al Quran

aku sangat merindui waktu itu

keliling aku cukup kuat
cukup kuat aku bilang sama kau
cukup kuat membutakan ibadah
cukup hebat menawarkan nafsu



Sunday, August 28, 2011

Oii.

kalaulah tak berlaku satu janji yang akhirnya aku rasakan "ceteknya fikiran dan perasaan" waktu itu.
banyak yang terimbas secara tidak sengaja pada minda.
tersenyum aku.
EHHHH! lekas-lekas cari jalan keluar menuju Istighfar.


Thursday, August 25, 2011

bukan senang

kalau bertuahnya engkau seiring dengan maksud pucuk dicita ulam mendatang,
mungkin aku cemburu

perubahan ke suatu dimensi dimana nama Allah tak lekang di bibir
solat mu pula, fardhu tak pernah terlupa, sunat dah tentu ada

nak berubah memang senang
tapi apa cara kau nak kekalkan perubahan itu

kalau bertuahnya engkau seiring dengan maksud pucuk dicita ulam mendatang
sekali hasrat kau ingin berubah, maka perubahan seperti menurut kata mu, tiada bantahan, tiada hasutan
mungkin aku cemburu


besar ujianNya. aku redha.

Friday, August 19, 2011

paling mahal



waktu yang berbazir dengan ketawa rasa sangat berbaloi
untuk seketika selepas itu
semuanya berjalan seperti hari hari ketemu muka yang sama
ruang masa yang ada penuh dengan cerita cerita kita sahaja

tapi kemudiannya bila sudah kembali pada waktu semua perlu mencari fokus untuk masa tua
perbualan kita jadi kekok, seperti kiranya kita ini baru berkenalan
aku tak risau
kerna bekal rindu itu macam magik
kekok cuma sementara, dan kemudian kita sampai pada satu waktu


waktu yang berbazir dengan ketawa rasa sangat berbaloi
untuk seketika selepas itu
semuanya berjalan seperti hari hari ketemu muka yang sama
ruang masa yang ada penuh dengan cerita cerita kita sahaja

semoga persahabatan ini menjadi yang paling mahal.
Amin Ya Rabb.



Wednesday, July 27, 2011

lagi tentang 28 Julai


suara kita akan pecah di stadium esok
sebelum dan selepas perlawanan,
apa pun keputusannya
minta suara suara itu jangan berpaling kemudiannya

aku gundah sekiranya ada yang luntur di tengah jalan

orang tua

"orang tua" itu selalu berkata RINDU KU SEMAKIN JAUH.
maaf "orang tua" bila pesanan ringkas, panggilan jauh mu aku biarkan
aku leka tanpa sengaja.

baru sebentar tadi aku buat panggilan ke sana
"orang tua" kata, RINDU KU SUDAH TERJAWAB.

tiada maksud untuk aku berkasar bila aku gunakan panggilan "orang tua"
cuma disengajakan untuk tujuan mengaburkan fikiran pembaca.
"orang tua" ini memang aku sayang. macam mak abah sendiri.



panggilan hari ini ada beza, merajukkah mereka?

Harimau ada semilan plo menet.

Rabu. 27 Julai 2011. bukan tarikh ni yang aku kecahkan.

Harimau-harimau semua ada sembilan puluh minit untuk berlegar-legar mengejar bola bersama singa.
aku sebut lagi ; sembilan puluh minit.

bumbung perilaku saya

Sudah empatpuluh minit aku rebah atas tilam lama ni. Mata belum pejam, mimpi pun dah tentu belum datang

Pada penghujung April itu, sudah pecah bumbung perilaku
Di gasak dek percutian yang terasa lama
Aku terlupa tentang perkara yang pada logiknya menjadi asas
Solat ku merata lubangnya
Tahajjud ku entah ke mana
Sudah pecah bumbung perilaku ku
Terlupa tentang Dia yang menonton aksi lupa daratan seorang hamba

Writer’s block!!

Waktu untuk berjalan pada mimpi
Semoga tidak tertinggalkan Subuh yang mendatang. insyaAllah.
Selamat malam. Assalammualaikum.

Friday, July 15, 2011

post satu kosong satu.

aku buka siri seterusnya. dengan pengharapan ada senyum pada beberapa jam kemudiannya. mari baca dan rasa! aku nervous. mahu tahu kemana aku akan menempatkan diri. untuk Ijazah Pertama. ish. takut. aku bertawakal pada Allah.


mari mari. pejam mata sekarang.
biar tidak terasakan kerimasan itu. aku tidur dan berdoa
adengan harapan bila terbukanya mata ini esok hari,
ada merdu pada berita,

kerna jika merdu pada berita,
maka akan ada yang bakal terus berusaha,
tapi jika sumbang beritanya,
aku tak tahu
aku serahkan semua pada yang Maha Berkuasa
insyaAllah.




aku buka siri seterusnya setelah cecah angka satu kosong kosong. 
yang aku karyakan itu semuanya datang dari satu hati, yang mau berkongsi rasa gembira, duka dan cinta bersama.

Monday, July 11, 2011

sai lens

kemari
aku beritahu kau

do not leave me in silence

kau tahu sekejam mana silence boleh buat pada aku?
diam itu akan buat aku hanyut pada waktu aku tidak mau
dia akan muncul pada mata fikiran, buat aku leka, buat aku berdosa

sakitnya cuma yang rasa itu hanya aku
kau tahu apa?
kau cuma tahu biarkan aku dalam silence
dan bakinya bikin aku sakit dan berdosa

Tuesday, July 5, 2011

talian lemas instead of talian cemas

dan aku terus berkhayal tentang kalau.

kalaulah, aku boleh,
kalaulah aku boleh berada pada zaman Paleo atau Neo
kalaulah aku boleh berada pada zaman lima bersaudara yang mashur di Tanah Melaka
kalaulah aku benar benar boleh mendapatkan zaman itu waktu ini juga
bagus betul rasanya

tiada talian canggih
aman.


yang ada cuma waktu untuk aku siakan seorang diri. tanpa siapapun.
ohhh aku khayal melayangkan keinginan itu.

Wednesday, June 29, 2011

lain

malu untuk aku katakan, 
mungkin secara verbalnya atau secara lisannya, aku kata, 
"ohh, takde lah. kawan boleh lah. lebih tak kot. tak sekepala lah."

secara verbalnya! 
tapi dalam diam, atau dalam keadaan aku sendiri baru sedar, setiap hari yang ada ruang untuk aku habiskan di Facebook. mesti cari dia juga! 

dan secara verbalnya aku kata, 
"tak sangka, yang tak sekepala tu lah, hari hari kau cari"















entri kali ini mungkin ada beza dengan yang lepas. saja. tukar angin. TUTTI FRATELLI dah tamat cerita untuk tahun ini. tapi masih ada hangatnya. masih ada dicetak sana sini. bersiaran di TV9. Alhamdulillah. kalau nak tengok, sini. cari episode dua. 
hari hari yang berikutnya aku habiskan dengan ragam si Greg. dua musim dalam masa dua minggu. perfect aku rasakan. sekarang, dah buntu semula. HOUSE MD dah out of stock. sedih. 

Tuesday, May 17, 2011

perubahan

bila usia berganjak
bergerak menuju kelelahan yang hampir dalam sekejapan

terlalu banyak kekosongan yang bersinggahan
sudah banyak yang berbuku

cuma waktu yang beredar pergi
menjadikan aku seorang yang berbeza

bila ada kelapangan hendak aku catatkan di sini
aku katakan
ahh biarlah. perasaan itu cuma sebentar
namun baru kemudian aku sedar,
walau sementara, jika sudah tercatat, rasanya kekal lama.

perlukah untuk aku persalahkan perubahan?