Saturday, May 30, 2009

not not piano



kalaulah bait bait rasa jiwa ini
boleh diperhalus
di turunkan pada jari jari
di adaptasi atas sang kekunci

apa melodinya nanti?


dan jika benar semua itu boleh terjadi,
not not melodi jiwa itu,
boleh kau baca,
dan waktu itu,
kau akan rasa apa yang aku rasa

ohh tak. kau takkan rasa..
kau tak punya jiwa
kau hanya bakal tahu.. itu sahaja..

hany ahmad.

Thursday, May 21, 2009

tak pernah terfikir

aku katakan padanya, baris baris ayt aku terlalu pedih, menyakitkan hati.

lalu balasnya yang dibawah ni buat aku berfikir.

*dalam hati, betul cakap dia! aku senyum* =)


----------------------------------------------------------------------------------------

balasnya,

hany,
tak perlu cari noktah. masukkan saja ayat-ayat manis romantis tak bertapis dalam karangan kamu.

semua nya kan jadi lagi indah dan sedap dihadam. pasti! :)

Tuesday, May 19, 2009 3:35:00 PM



trima kasih ahmadshafiq. hany cuba dulu. trime kasih sgt sgt. :)

A n t i k

dahulunya dia yang baru
dia yang paling di rindu dan paling maju
dia yang di puja
dia yang di pandang penuh rasa


pergerakan masa
mengusangkan waktu suka kau bersama dia
waktu berlalu habuk tebal melekap padanya
segala ciri-ciri halus tulus yang kau suka satu ketika dahulu
sudah terlindung di sebalik debu
dah kau tak nampak apa yang kau nampak sebelumnya


dia yang kau biarkan,
hingga menjadi titik permulaan labah-labah hitam mengait syurganya
yang lapuk pada mata kasar kau itu
seberapa ketika lagi
akan ada yang membelanya
lalu di letakkan tempat tertinggi
kagum ribuan mata melihat terampilan yang pernah buat kau terpegun waktu dulu
kini dia ANTIK, sangat cantik.....


*sayang, yang lama itu tak semestinya harus kita biarkan atau campak pada longgokan sampah busuk itu sayang.
yang lama itu harus kita kenang, kita hargai, kerana dulu, kita juga yang memilihnya.

Sunday, May 17, 2009

bermain dgn jiwa

duduk dengan tenang
membentangkan kertas
mendirikan pena
mendengarkan suara sunyi
bermain dengan jiwa
menyusun satu per satu perkataan

terhasil satu bacaan pendek tapi penuh rasa

--------------------------------------------------------------------


berjalan mengikut rentak dunia kini
bergoyang badan mengikut lenggok lagu

lepaskan tali penamat
loloskan diri dari jiwa jiwa gila di belakangmu
mereka itu cuma bintik bintik hitam
jangan di pandang

Friday, May 15, 2009

khamis

hari ini khamis
14 Mei

buka mata mengeluh
sampai rumah mengeluh

janji dgn aku
lima khamis dari sekarang

aku buka mata senyum
aku pulang rumah senyum
aku tidur pun senyum

janji tau.

Tuesday, May 12, 2009

pesan untuk kawan

hai.
salam sejahtera
untuk rakan untuk sahabat
ada pesan untuk kamu semua

nak mintak tolong
---------------------------------------------------
kawan,
katakanlah jika suatu hari nanti
dia pergi dari sini
ku minta kamu semua ada bersama aku di sisi

sudah ku kira kira
rasanya tak mampu untuk aku berdiri sendiri jika dia berlalu pergi

jika benar dia akan pergi
bawa aku turun dari sketsa itu
hentikan aku dari cerita itu

sama sama denganku,
kita langkah ke dunia baru


tolong ya.

Sunday, May 10, 2009

saya suka tidur dengan dia

kehadapan bunda
Jamayah binti Hamzah
Selamat Hari Ibu

i love you mak.


thank you for everything mak
InsyaAllah, panjang umur Hany,
Hany nak jaga mak.


sorry selalu cakap kasar dgn Mak Abah.
sorry result exam tak best
sorry byk buat salah
sorry i make u cried
sorry i've lied to you
sorry i hate when u keep on asking me this and that


---------------------------------------------------------------
untuk setiap keterlanjuran darah muda ini melepaskan kata
maafkan aku
---------------------------------------------------------------


mak masak sedap
sedap sangat sangat



honestly,
you are my everything.
i love you Mak.
Happy Mothers Day..

Monday, May 4, 2009

tak jumpa saya

gila.
baru teransang niat nak lelapkan mata
sederap datang soalan

aku perempuan yang macam mana?
aku adik yang macam mana?
aku kawan yang macam mana?
aku anak yang macam mana?
aku pelajar yang macam mana?
aku pemimpin yang macam mana?
aku sepupu yang macam mana?
aku orang awam yang macam mana?


dari mata mata asing yang melihat aku
dari pandangan mereka
aku ni manusia yang macam mana?

sesat
aku sesat
hilang arah
tak tahu sifat sifat yang ada pada aku

mengeluh panjang.....
tolong beritahu aku
aku ini yang macam mana pada kamu

gila gila?
kedekut?
sopan?
kurang ajar?
bodoh?
berlagak pandai?
terdesak?
pendiam?
cerewet?
tamak?
demanding?
penyayang?
suka menyibuk?


seram sejuk.
merasakan apa yang pernah kamu katakan pada aku dulu,
semuanya semata mata nak jaga hati aku
atau saja nak menyakiti hati aku

peninglah


moga moga
sebentar lagi
terlelap mata ini
tak ada mimpi ngeri

harap harap
pagi nanti
terbuka mata ini
tak terfikir tentang siapa nurfarhany


selamat malam.

Saturday, May 2, 2009

penghasilan

sedang membikin noktah.