Thursday, May 21, 2009

A n t i k

dahulunya dia yang baru
dia yang paling di rindu dan paling maju
dia yang di puja
dia yang di pandang penuh rasa


pergerakan masa
mengusangkan waktu suka kau bersama dia
waktu berlalu habuk tebal melekap padanya
segala ciri-ciri halus tulus yang kau suka satu ketika dahulu
sudah terlindung di sebalik debu
dah kau tak nampak apa yang kau nampak sebelumnya


dia yang kau biarkan,
hingga menjadi titik permulaan labah-labah hitam mengait syurganya
yang lapuk pada mata kasar kau itu
seberapa ketika lagi
akan ada yang membelanya
lalu di letakkan tempat tertinggi
kagum ribuan mata melihat terampilan yang pernah buat kau terpegun waktu dulu
kini dia ANTIK, sangat cantik.....


*sayang, yang lama itu tak semestinya harus kita biarkan atau campak pada longgokan sampah busuk itu sayang.
yang lama itu harus kita kenang, kita hargai, kerana dulu, kita juga yang memilihnya.

No comments:

Post a Comment