Tuesday, January 17, 2012

cuaca

Perasaan kasih
Pada satu ketika dahulu
Hari ini dah cukup terik rasanya

Sama terik dengan sekitar pekan ini
Satu tumbuhan pun tiada
Cuma konkrit
berhunikan manusia pelbagai rupa

Cukup terik untuk menyejat saki baki sayang yang ada
Maka berkemaraulah sebatang tubuh ini
Menyimpan rapi kesemuanya
Untuk satu masa yang lebih mahal momennya

No comments:

Post a Comment