Friday, December 26, 2008

barisan pilihan

mahu gelak besar?
atau mahu menangis hambar?

mahu dengar jenaka?
atau mahu dengar yang duka lara?

ingin lihat yang senang hati?
atau ingin lihat yang mengguris jiwa ini?

pohon itu menghijau
besarnya melampau

sungai itu jernih
sejuk segar bersih

jika semuanya ada dua pilihan sahaja
senang buat kerja

tapi
yang dihadap depan mata
berbaris teratur perkasa
apa caranya mau memilih

jika boleh pilih
mau hidup senang atau susah
mana yang kau pilih?
dah tentu senang menjadi pilahan hati

tapi itu
itu yang mahu aku tekankan
jika hanya ada dua pilihan
tapi tidak
di hadapan mu itu
berbaris pilihan
bazirkan waktu itu
hanya untuk memilih

No comments:

Post a Comment