Sunday, December 21, 2008

senyum saja

semalam janjinya begitu
tapi hari ini
jadinya tak seteru

semalam susun aturnya dah padu
tapi hari ini
jadinya makin kaku

semalam gembiranya berlagu
tapi hari ini
jadinya tambah sayu

tapi tak apa
singkat mana juga tempoh itu

garis negatif itu
aku tingkah dengan yang positif

singkat mana tempoh itu
aku masih senyum

singkat mana tempoh itu
kita masih sama sama

jalani yang bahagia itu sama sama
sulamkan rapi saat ini ya

senyum lagi.

No comments:

Post a Comment