Wednesday, June 10, 2009

tamat

yang terakhir pada penghujung
yang berakhir di garis penamat

aku ingin akhirkan perkara yang sepatutnya dah lama di tamatkan
entah kenapa. asyik bertahan. tiap kali nak di akhiri.
ada yang berbisik, sabar, sabar, berikan peluang.
dia masih belum buka mata.

hah!
kepala hotak kau!
dari mula, sampai sekarang,
takkan tak buka mata lagi?
atau yang benarnya dia buta?
cakap tak serupa bikin
dia kutuk yang itu
tapi lihat
dia hadapkan juga apa yang dia caci dulu

itulah. lain kali, cakap jangan sebarangan.
aku diamkan aja.
rasa nak gelak pun ada
biar dia terasa dialah manusia paling bodoh.

mau tahu lagi?
dia suka berpura pura.
kau memang hebat! pelakon terbaik atas pentas murah itu.
aku taklah sebodoh si kucing gatal yang hadapkan kau itu.
aku pun tak ada selera mahukan kau.

luaran saja kelihatan cantik, mahal, berharga.
tapi dalamnya, busuk, berkurap.
hey, cakap banyak pun tak guna.

kau kan selalu mengadap cermin
kononnya melihat diri kau yang paling gah.
kau dapat apa yang kau mahu.
hey hey, kalau aku retakkan cermin itu,
maka terserlah segala kesedihan, ketakutan, kekeliruan yang kau litupkan di sebalik tubuh cantik kau itu.

tak apalah.
sampai masa.
mata buta kau bakal terbuka.
aku doakan segala yang terbaik untuk kau.


er. sorry. bengang tak dapat makan cadbury. hahah

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment