Thursday, January 1, 2009

duaribusembilan

terima kasih
terima kasih padaNya
memberkati dan memberi
satu tahun baru lagi untuk kita

melihat yang dihadapan
mahu berjalan terus kedepan
tapi terhenti
menoleh ke belakang
mahu melihat semua yang berlalu

apa yang ada untuk kedepan
aku aturkan segala yang lebih baik
tebus segala peri laku yang busuk

semoga tahun baru
memberi sedar pada semua
semestinya pada aku juga
kita tidak kekal bersama dunia

susun langkah mu
agar di akhirat itu
senang untuk dibicara
agar jauh bahang neraka
agar dekat dinginnya Syurga

1 comment:

  1. agar Dia sentiasa dengan kita yang lemah ini,
    agar Dia sentiasa suluhkan yang benar,
    agar Dia sentiasa menunggu kita bila tiba masa.

    doakan yang terbaik hany,untuk diri sendiri.

    ReplyDelete