dalam ruang gelap ini
tanya itu banyak menujah
hey hany,
kamu fikir apa?
baru seketika,
sudah banyak bertanya
hey hany,
kamu pandang apa?
baru jam dua,
sudah banyak curiga
hey hany,
kamu ingin apa?
baru setengah purnama
sudah banyak di rasa
ini satu saja aku mau tanya
orang kata
usaha tangga kejayaan
tapi jaya aku
tangganya itu,
aduh tinggi sungguh
baru aku nampak pintu jaya
baru mahu aku senyum hingga ke telinga
berderap,
tangga itu seribu batu bertambah
apa yang aku fikirkan?
sejuta perkara dalam satu keluhan hambar
dan kerana itu
aku sujud memasang pohon
memohon agar yang serabut itu terungkai
supaya tiada lagi keluh hambar
yang terlihat cuma senyum lebar
Thursday, December 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hey dila ape yg ko fikir?
ReplyDeletehey dila ape yg ko buat?
hey dila ape?
hey dila...
jgn membebel buley?
hahaahaha
tangga ku lagi jaoh beribu batu...hendak ku daki tak ku mampu...
yg ku mampu?
hanya melihat?
ouh aku mesti buat sesuatu....
btol tak cik hany?
huhu
-ola-
hey hany!
ReplyDeletekamu bagus.
hey hany!
kamu baik.
hey hany!
kamu sahabat.
hey hany!
tahniah,kamu hebat!