Tuesday, December 9, 2008

dia seorang lagi

pagi ini, hujan turun lagi
hujan turun membasahi
dan dia berseorang lagi
terkurung, terpasung, di rumah sunyi

tiada dia keluar ke halaman
cuma wajah tuanya saja terlihat dalamnya sepi
jauh memandang keluar, tiada senyum lagi

ayah tua itu
duduk di kerusi jati
merenung keluar dan terus menanti
menanti kepulangan yang lama di nanti

tolanglah wahai anak
takkah kau rasa rindu ayah itu?
pulanglah kau si anak
cuba kau sentuh jemarinya
leraikan rindunya yang terlalu banyak

rasakan derita ayah itu
perit pedih menanggung rindu sayangnya
dia menanggung bagai tiada sudah
pulanglah intainya
TAKKAN ITU PUN SUSAH


-hany ahmad-

2 comments:

  1. bagus..

    saya juga pemuisi.
    sila2 lawat
    puisihatisipari-pari.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. ayt last gempax la hany!
    ara sukeh.
    hey,
    u can be a poetry,

    ReplyDelete